Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Meninggal dunia kerana terlalu sayangkan masa depan anak bangsanya




Jika Ungku Omar meninggal dalam usia 38 tahun, Aminuddin pula meninggal dunia ketika umurnya baru 39 tahun. Namanya Aminuddin Baki, beliaulah yang digelar Bapa Pendidikan Malaysia.

Hasil pemikiran Aminuddin Baki lah Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan bagi mengganti peperiksaan LCE, MCE dan HSC.



Mengenai insan istimewa ini, beliau telah ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim selepas tamat pengajian di University of London pada sekitar tahun 50-an

Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.

Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin Baki dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Bayangkan pada usia semuda itu, beliau telah dilantik ke jawatan tersebut bahkan beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).


Disebabkan terlalu menyayangi bangsanya, arwah sering mengingatkan para pelajar Melayu agar belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menjadi hamba di bumi sendiri.

Namun, seperti mana Ungku Omar, beliau juga meninggal dalam usia muda iaitu 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang Subuh

lebih menghibakan, ada yang mengatakan punca kematian Allahyarham adalah kerana terlalu memikirkan bagaimana untuk mencari kaedah bagi memajukan anak bangsanya. Begitulah hebatnya anak Melayu yang bernama Aminuddin Baki ini

Kini namanya hanya boleh dilihat di papan tanda sekolah, nama jalan dan nama sebuah institusi pendidikan di Genting Highlands.

Sayang, jasa dan pengorbanannya semakin dilupakan dan terus dilupakan.

Dato Seri Aminuddin bin Baki
6 Januari 1926 - 25 Disember 1965




KONGSIKAN:




Ads Bottom