Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mary Antoinette : Permaisuri Perancis terakhir dihukum mati





Maria Antonia, anak ke-15 Maharaja Suci Rom Francis I, lahir di Vienna, Austria pada 1755. Di usia 15 tahun, beliau dikahwinkan dengan putera Louis Augustine (kemudian digelar Louis XVI) untuk memeterai perikatan antara kerajaan Habsburg-Perancis.

Hidup sebagai permaisuri, beliau meluangkan sebahagian besar masanya bersosial & memenuhi cita rasanya yang tinggi - berjudi, parti, membeli-belah - ketika rakyat Perancis tak cukup makan dihimpit masalah ekonomi. Maka beliau digelar “Madame Déficit.”

Keborosan monarki memburukkan lagi kemelesetan ekonomi disebabkan penglibatan Perancis dalam perang Revolusi Amerika. Pada masa sama, golongan gereja & bangsawan langsung tidak membayar cukai ketika mana rakyat biasa dibebani kadar yang tinggi.

Meletus Revolusi Perancis pada Julai 1789 dan keluarga diraja didesak keluar dari Versailles untuk diletak dalam tahanan rumah di Tuileries, Paris hingga Ogos 1972 apabila mereka dipindahkan ke penjara Temple sebelum monarki dihapuskan bulan berikutnya.

Louis XVI menemui ajal di gilotin pada 21 Januari 1793 selepas didapati bersalah mengkhianati negara, meninggalkan Marie Antoinette yang kemudian dipindahkan dari Temple ke Conciergerie. 2 bulan kemudian, pada Oktober tahun itu, beliau dibicarakan.

Selepas 2 hari perbicaraan, Mary Antoinette juga didapati bersalah mengkhianati negara serta beberapa pertuduhan lain & dihukum mati di gilotin pada jam 12.15 pm 16 Oktober 1793 di hadapan khalayak di Place de la Révolution, Paris. Usianya 37 tahun.

Kepala & tubuhnya ditanam di sebuah kubur tak bertanda di Madeleine. 22 tahun kemudian, ia digali semula oleh adik Louis XVI ketika tempoh Pemulihan Bourbon lalu disemadikan bersama suaminya di Basilika St. Denis, Paris.

Gambar: Mary Antoinette ketika dibawa menuju ajalnya. Lukisan Francois Flameng, 1887.

Sumber: History, Britannica, All Thats Interesting

#PeristiwaHariIni



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom