Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manaqib Tuan Guru Baba Man, Pondok Kubang Pasir


Tuan Guru Baba Man, Pondok Kubang Pasir ( 1930an - 2020 )


Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Bin Muhammad dan beliau dilahirkan sekitar tahun 1930an @ awal 1940an.

Beliau menerima pendidikan awal di Pondok Cabang Empat dibawah didikan Tuan Guru Baba Haji Ramli Bin Awang Besar dan Tuan Guru Baba Haji Abdullah selama kira-kira 10 tahun. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya ke Pondok Ayah Dir Sekam selama kira-kira 20 tahun. Tuan Guru Baba Man ini termasuk di kalangan murid tua kepada Ayah Dir Sekam sekaligus menjadi antara murid kesayangan gurunya.

Setelah tamat pengajian, beliau membuka sebuah pondok di Kubang Pasir, Jeram, Patani dengan nama rasminya Madrasah Nurul Huda.

Selain mengajar di pondok, Tuan Guru Baba Man juga ada mengarang kitab antaranya ialah Khulasah Tauhid, Nuqthoh dan Tertib Zikir. 

Allahyarham Baba Man seorang yang lembut budi bicaranya namun sangat tegas dalam menegakkan perkara yang haq. Ketika berlakunya isu Bakurah Amani karangan Pak Da Eil Mekah, beliau di antara ulama tua Patani yang mempertahankan karya Pak Da Eil itu. 

Beliau akhirnya meninggal dunia pada 18 Mei 2020, jam 9.00 malam. Jenazahnya disemadikan di Kampung Kubang Pasir. 



Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

Sumber - Ustaz Hilmi Mukmin dan maklumat awam, Tengku Yusuff


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom