Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kenapa Lato-lato kembali menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak



Sejak awal bulan ini (Januari 2023), lato-lato menjadi mainan kegemaran setiap kanak-kanak Indonesia. Yalah, kanak-kanak mana tak suka kalau dua bebola plastik ini sentiasa dihayun dan berlanggar sesama sendiri! Kita sendiri tengok mereka main lato-lato pun nampak macam best. 

Kemudian, sejak berapa minggu lepas, kanak-kanak Malaysia juga telah lato-lato ‘jajah’. Mereka pun terjebak dengan hayunan dua bebola plastik sampai lupakan telefon pintar yang biasa mereka gunakan untuk bermain permainan video. Apa hebatnya permainan lato-lato ini sebenarnya?


Lato-lato ialah sejenis mainan berupa dua bebola plastik yang padat, diikat oleh tali yang sama panjang, dan bahagian tengah tali terdapat ikatan berupa lingkaran untuk masukkan jari agar dapat hayunkan kedua-dua bebola tersebut. Mainan ini pernah popular dalam kalangan warga Indonesia pada era 1990-an, sehingga pernah diadakan perlumbaan main lato-lato di Makassar.

Sejarah lato-lato mempunyai dua versi. Pertama, lato-lato berasal dari Argentina di mana mainan ini dahulu ialah sejenis alat berburu bagi orang asal Argentina sana. Versi kedua pula ialah lato-lato berasal dari Alaska di AS, di mana orang Alaska mempunyai mainan bernama Eskimo Yoyo yang rupanya seperti lato-lato.


Apapun versi asal-usulnya, Amerika Syarikat-lah negara yang popularkan permainan lato-lato ini pada era 1970-an. Mereka panggil lato-lato dengan nama ‘clackers’ dan pembuatan bebolanya berbeza sedikit dengan lato-lato sekarang. Bebolanya diperbuat dari kaca yang ditempa (tempered glass). Clackers menjadi fenomena kanak-kanak AS sampaikan kanak-kanak dari utara Itali pun turut terjebak main Clackers ini.

Malangnya, Clackers diharamkan pada tahun yang sama akibat terdapat kes kanak-kanak cedera di kepala akibat kecuaian bermain Clackers. Ada kes di mana kaca dari bebola Clackers pecah dan serpihannya keluar mengenai kulit. Ada juga kes di mana bebola clackers tercabut dari tali, kemudian menghentam kepala pemain sehingga luka teruk.

Walaupun ada inisiatif lain iaitu menukarkan bahan bebola clackers dari kaca ke plastik, tapi pihak FDA (macam SIRIM di Malaysia) mengharamkan terus pembuatan mainan ini dan pihak sekolah AS juga mengharamkan para murid bermain Clackers.

Sekarang, kanak-kanak Indonesia dan Malaysia meneruskan budaya bermain lato-lato yang telah diharamkan di AS. Walapun bunyi ‘pak’ dari perlanggaran kedua-dua bebola menyakitkan telinga, harap tiadak kes kecederaan oleh lato-lato berulang kembali.

Oleh: Dans CKay’s
The Patriots



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom