Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Jangan cabar kesabaran Raja Abdul Zahid ( Onyang Anching )


Gambar Hiasan

Penceritaan kisah-kisah lagenda masyarakat tempatan merupakan sisipan sejarah lisan yang merupakan sebahagian khazanah periwayatan. Di Sabak Bernam, terdapat satu kisah mengenai keturunan diraja iaitu kisah kepahlawanan Raja Abdul Jabit atau disebut juga Dato Anching (Onyang Anching). Menurut cerita, Onyang Anching adalah pembesar di daerah ini dan berketurunan raja. Pada suatu hari, datanglah rombongan diraja dari Kuala Selangor dan Klang yang datang untuk meminang anak Dato' Anching yang dikatakan sangat jelita dan paling cantik di daerah ini. Maka dihantarlah wakil untuk meminang puteri ini.

Malangnya, rombongan peminangan kali pertama ini telah ditolak oleh Dato' Anching yang berketurunan diraja tetapi tidak begitu gemar mengaku sebagai golongan bangsawan. Beliau telah bersumpah bahawa beliau dan kaum keluarganya tidak akan memakai dan menyebut gelaran diraja lagi. Maka peminangan ini telah ditolaknya dengan baik.

Walau bagaimanapun, rombongan peminangan ini telah datang untuk kali kedua kerana kurang berpuashati dengan penolakan peminangan sebelum ini. Rombongan ini juga telah ditolak oleh Dato' Anching. Oleh kerana marah dengan tindakan Dato' Anching maka dihantarlah untuk kali ketiga rombongan diraja dengan tujuan merampas puteri tersebut jika masih ditolak oleh bapanya. Melihat kedegilan rombongan ini, Dato' Anching berasa marah. Oleh kerana tersangat marahnya, maka beliau telah mematah-matahkan keris dan lembing yang dibawa oleh rombongan ini dan dikencingnya hulubalang-hulubalang yang mara ke arahnya. Dikatakan bahawa hulubalang-hulubalang tersebut telah pengsan bila terbau air kencing beliau.

Berpunca dari peristiwa inilah beliau telah digelar sebagai Dato' Kencing atau Onyang Anching. Nama sebenar beliau ialah Raja Abdul Zahid (Jabit) iaitu keturunan raja. Beliau dikatakan bertindak membuang gelaran diraja ini kerana berlaku sedikit perbalahan dengan ayahanda dan bonda tirinya. Oleh kerana tidak mahu perbalahan ini berpanjangan, maka beliau telah bertindak mengasingkan diri ke kawasan Sabak Bernam dan tidak mahu lagi memakai gelaran diraja. Pada masa kini, makam beliau masih ada iaitu di Jalan Haji Mahmud di antara Kampung Baharu dan Kampung Tengah.


Makam Onyang Anching



Sumber : Koleksi Cerita Rakyat, Kisah Lagenda



KONGSIKAN:




Ads Bottom