Berita Harian 15 Jun 1962
SUNGAI BESAR, Khamis. Pergerakan Pemuda UMNO Sabak Bernam telah memutuskan untok menen-tang sa-kerasnya sikap pemimpin Parti Progresif
Ra'ayat, Tuan D. R. Seeni-vasagam, mengungkit2 hak2 istimewa orang2 Melayu ketika beruchap di-Dewan Ra'ayat baharu2 ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Sabak Bernam menyatakan salanjut- nya bahawa soal ini tidak-lah harus di-biarkan ba-gitu sahaja. Ketua Pergerakan Pemu-da UMNO Sabak Bernam Tuan Haji Idris bin Haji Osman, menyatakan kapa-da Berita Harian bahawa keputusan yang telah di-ambil oleh Pergerakan Pe-muda UMNO Sabak Bernam itu ada-lah sesuai dengan undang2 UMNO Malaya yang mempertahankan hak2 istimewa orang Me-layu.
Pergerakan Pemuda UMNO Sabak Bernam juga menyetoh soal kera'ayatan Tuan D. R. Seenivasagam dan menyatakan " kalau perlu boleh-lah di-tarek atau di-luchutkan. sahaja kera'ayatan Tuan D. R. Seenivasagam itu."
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: