Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Gambar asal Masjid Bagan Terap, dibina tahun 1960



Gambar Masjid asal Bagan Terap yang dibina tahun 1960. Bertempat di simpang 4 Bagan Terap. Di bina di atas sebidang tanah milik Mat Isa Bin Long iaitu petugas Kerajaan British yang bertugas sebagai 'watchman'  menjaga Parit dan taliair, kerja-kerja dibuat secara  gotong-royong penduduk kampung. Bahan binaan seperti kayu dan papan pula di ambil dari hutan sekeliling. 

Digunakan sehingga tahun 1985 apabila masjid sedia ada sekarang siap di atas dua bidang tanah diwakaf oleh Allahyarham Dato' Haji Mohd Ghazali Bin Kantan(Nazir Masjid ketika itu) dan Datin Hajah Zainap Binti Mat Isa. 





Masjid baru dirasmikan pada 14 Februari 1992 oleh DYMM Sultan Sallehuddin Shah ibni Sultan Alam Shah Al-Haj.

Masjid baru Bagan Terap ( Masjid al Mujahiddin)

Sumber: Masjid Al-Mujahiddin Bagan Terap




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom