Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Dia pelakon afrika yang lagend




Mungkin ada yang dah lupa namanya, terkenal era 80-90an. Namanya Nixau Toma merupakan pelakon dalam cerita 'God Must Be Crazy' yang suatu ketika dahulu buat kita gelak tak kering gusi.

Dilahirkan pada 1944 di Namibia, sebelum menjadi pelakon dia ni dari suku kaum yang dikenali sebagai San, hanya pernah tengok mat saleh 3 orang sahaja dan tidak pernah melihat dunia luar.

Alkisah cerita seorang pengarah filem yang bernama Jamie Uys, membayar 300 dollar atau kira kira 1300 ringgit (nilai semasa) pada dia untuk berlakon dalam satu filem, ada cerita duit 300 dollar tu terbang dibawa angin, sebab dia tak tahu nilai duit.

Cerita dia memang yang kelakar dan menghiburkan, satu babak yang paling tak boleh lupa ialah botol coke yang jatuh dari kapal terbang tu. Walaupun hanya dapat 1300 dari filem pertama, pada filem kedua dia dapat duit 2.1 juta ringgit. 

Dari situ dia buat rumah yang ada elektrik dan air, dia juga beli kereta terpakai dengan gajikan pemandu sekali, dia meninggal dunia pada 5 julai 2003 disebabkan oleh penyakit TB.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom