Bagger 293 bukan sahaja mesin jengkaut paling besar, tetapi juga memegang rekod sebagai kenderaan darat paling besar dalam sejarah dunia. Mesin ini dikenali sebagai MAN TAKRAF RB293, dihasilkan oleh syarikat Jerman, TAKRAF. Dibina pada tahun 1995 dengan tinggi 96 meter (sama dengan Bagger 288) dan panjang 225 meter (sama dengan 287), Bagger 293 mempunyai berat 45.500 ton dan memerlukan 5 individu untuk dikendalikan.
Mesin ini mampu memindahkan 76,455 meter padu tanah setiap hari menggunakan 20 "baldi berputar". Adalah menjadi perkara biasa bagi pekerja-pekerja di atas mesin ini untuk berjalan sejauh hampir 10 kilometer bagi setiap syif. Kelajuannya pula adalah lebih rendah daripada 800 meter per jam, di mana perjalanan sejauh 21 kilometer mampu mengambil masa selama 3 minggu disebabkan oleh cabaran untuk menyeberangi jalan dan mengelak daripada wayar elektrik.
Sebanyak 16.56 megawat kuasa diperlukan untuk mengendalikan jentera ini, dan mampu memindahkan 76,455 meter padu tanah setiap hari menggunakan 18 baldi yang setiap satunya mempunyai diameter 21.3 meter.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: