17 Mei 1967
Pelancaran Kempen Menghapuskan Tikus Sabak Bernam, Selangor, 17.05.1967
Menteri Besar Selangor, Dato Harun bin Haji Idris, semalam
(17hb May, 1967) telah melancarkan satu kempen menghapuskan tikus dalam kawasan
sawah di Parit Dua Haji Dorani, Sabak Bernam. Seramai 500 orang telah mengambil
bahagian dalam kempen itu. Mereka telah membunuh hampir 1,000 ekor tikus. Gambar menunjukan Dato Harun bin Haji Idris (tengah) sedang menyaksikan
beberapa orang mengepam gas beracun ke dalam sebuah lubang tikus. Di kanan
beliau ialah Pegawai Daerah Sabak Bernam, Encik Mohd. Taib bin Ali.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: