Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah pembukaan kampung era Sultan Muhammad Shah


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Sultan Muhammad Shah merupakan sultan Selangor yang ketiga dan merupakan putera kepada Sri Sultan Ibrahim Shah. Baginda merupakan seorang pemerintah Selangor yang berpandangan jauh dan sebagai pemerintah, baginda telah melantik tokoh-tokoh kerabat Selangor yang berwibawa dan berpengaruh sebagai orang besar daerah.

Dikatakan pada awal pemerintahan Sultan Muhammad Shah, Lukut telah kembali menjadi satu daerah. Berikutan itu, Sultan Muhammad Shah telah melantik:

1) Raja Busu Hassan bin Raja Nala ibn Sri Sultan Ibrahim Shah sebagai Orang Besar Daerah Lukut merangkumi seluruh lembangan Sungai Lukut hingga Kuala Sungai Linggi dan Sungai Udang yang terdiri daripada Sungai Linggi. Keterangan sebenarnya, status entiti politik Lukut diiktiraf sebagai daerah berkuat kuasa pada tahun 1826.

2) Raja Abbas Ibn Sri Sultan Ibrahim Shah sebagai Orang Besar Daerah Selangor merangkumi seluruh lembangan Sungai Selangor.

3) Raja Haji ibn Sri Sultan Ibrahim Shah sebagai Orang Besar Daerah Klang merangkumi seluruh lembangan Sungai Klang.

4) Raja Abdullah ibn Sri Sultan Ibrahim Shah sebagai Orang Besar Daerah Langat merangkumi seluruh lembangan Sungai Langat. Di samping itu, beliau dilantik sebagai panglima bergelar Tengku Panglima Besar Selangor.

5) Raja Usoh (Jusoh) ibn Sri Sultan Ibrahim Shah sebagai Orang Besar Daerah Bernam merangkumi seluruh lembangan Sungai Bernam. Di dalam kelompok masyarakat beliau dikenali sebagai Daeng Dewasa sementara anaknya yang membuka Tanjung Karang dikenali sebagai Daeng Bedun.

Pada tahun 1834, satu daerah baru seperti Sepang telah dibentuk. Daerah ini dibentuk kerana Sultan Muhammad Shah telah memberikan penganugerahan kepada Raja Hussein ibn Raja Bilang dalam jasa menentang masyarakat Cina yang memberontak di Lukut atas peristiwa pembunuhan Raja Busu Hassan sekeluarga. Raja Hussein dilantik menjadi Orang Besar Daerah Sepang yang pertama.

Pada tahun 1848, pekan Tanjung Karang dan Sawah Sempadan telah dibuka oleh seorang kerabat Sultan Muhammad Shah yang bernama Daeng Bedun bin Daeng Dewasa (Raja Jusoh/Raja Yusoh) ibn Sultan Ibrahim Shah ibn Sultan Salehuddin Shah. Beliau membuka kawasan ini bersama ahli keluarganya dan orang-orang Bugis atas perkenan DYMM Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor III.

Selain pembukaan pekan Tanjung Karang, terdapat beberapa buah kampung telah dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah atas perkenan baginda sendiri. Di antara kampung-kampung tersebut ialah:

1) Kampung Sungai Binjai dan Kampung Sungai Pinang yang dibuka oleh Khatijah (Nina) binti Pawang Abdul Majid bin Haji Salleh bin Panglima Garang Daeng Hassan.

2) Kampung Sungai Haji Dorani Sabak Bernam yang dibuka oleh Haji Dorani bin Panglima Garang Daeng Hassan bersama keluarganya orang-orang Bugis.

3) Kampung Sungai Nipah dan Kampung Sungai Sekendi Sabak Bernam yang dibuka oleh Dato' Sabak bin Panglima Garang Daeng Hassan bersama lima orang saudaranya dan orang-orang Bugis.

Pada tahun 1883, Kalumpang telah dibuka oleh Panglima Kanan Haji Salam bin Datuk Berkanun yang berasal dari Kampung Kota Rao, Rao Mapat Tunggal Kecamatan Rao, Kabupaten Pasaman Sumatra Barat. Beliau mendapat gelaran Panglima Kanan dari Sultan Muhammad Shah atas jasa beliau dapat membunuh Panglima Pahang semasa Perang Pahang-Selangor dan mengamankan Sabak Bernam dari perompak lanun.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom