Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Penderitaan pekebun kecil kelapa di Sabak Bernam tahun 1962



Dokumen ini merupakan keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh pada 18 Ogos 1962 yang bertajuk Syarikat pasaran untuk mengatasi kesulitan pekebun - pekebun kecil kelapa yang ditulis oleh Hashim Haji Ramlee dan beralamatkan Sabak Bernam, Selangor. Isi penulisan keratan akhbar ini menceritakan mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil kelapa. 

Umumnya, pekebun-pekebun kecil kelapa dalam daerah Sabak Bernam amnya telah menghadapi pelbagai masalah, namun hanya segelintir masyarakat dan penguasa yang mengetahui masalah tersebut.

Dalam keratan akhbar tersebut, penulis menegaskan bahawa sesetengah masyarakat menganggap bahawa kehidupan pekebun-pekebun kecil kelapa ini hidup dalam kemewahan tetapi sebenarnya mereka mengalami kepahitan hidup. 

Antara sebab yang dinyatakan dalam keratan akhbar tersebut yang menjadi masalah kepada pekebun-pekebun kecil kelapa ialah  harga kelapa yang sangat rendah dan penindasan oleh orang tengah.

Penulis akhbar tersebut menegaskan bahawa harga sebiji kelapa itu adalah sangat rendah iaitu pada harga antara 6 sen hingga 7 sen untuk sebijik. Dengan harga kelapa yang sangat rendah ini telah mengancam kehidupan para pekebun kecil kelapa dan telah menyebabkan taraf hidup mereka lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan orang kerja buruh.

Sebab kedua ialah mengenai tentang masalah yang dihadapi oleh antara pekebun kecil kelapa dengan orang tengah. Dengan timbulnya kegelisahan para pekebun kecil kelapa terhadap kejatuhan harga kelapa telah memberi peluang kepada orang tengah untuk menindas para pekebun kecil kelapa. Orang-orang tengah akan memaksa supaya para pekebun kecil kelapa menggadaikan kebun-kebun mereka. Tindakan orang tengah itu mungkin diterima oleh sesetengh pekebun kecil kelapa akibat terlalu derita dan kerugian dalam penanaman kelapa akibat harga yang terlalu rendah. 

Dengan demikian, orang tengah akan menetapkan harga kelapa mengikut kehendak hati mereka sendiri.

Penulis keratan akhbar tersebut juga telah menegaskan bahawa jalan yang terbaik untuk membela nasib dan meningkatan semula taraf hidup para pekebun kecil kelapa adalah melalui hasil buah kelapa mereka mesti dijual kepada Syarikat Pasaran Kelapa Bersama. 

Dalam perkara ini penulis berharap bahawa kerajaan boleh memberi pertolongan kepada para pekebun kecil kelapa untuk menjual hasil kelapa kepada pihak mereka. Penulis juga percaya bahawa kerajaan akan dapat bersama-sama berusaha untuk menubuhkan satu organisasi yang dapat menghindarkan perbuatan menindas dari orang-orang tengah yang membeli kelapa dari pekebun kecil tersebut. 

Badan organisasi itu juga diharap untuk menjaga nasib dan kepentingan para pekebun kecil kelapa. Susulan penulisan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil kelapa dan cara mengatasinya dikeluarkan pada ruangan MIMBAR dalam keratan Berita Harian yang bertarikh 18 Ogos1962 telah menghasilkan tindakan selanjutnya dilakukan oleh Laidin bin Alang Musa yang merupakan Ketua Pemasaran, Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. 

Tindakan beliau ialah mengeluarkan surat kepada Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Tengah, Kuala Lumpur yang bertarikh pada 30 Ogos 1962. Surat tersebut bertajuk Syarikat pasaran untuk mengatasi kesulitan pekebun-pekebun kecil kelapa.

Kandungan surat tersebut telah menegaskan berkaitan dengan isi kandungan keratan akhbar Berita Harian yang menyatakan mengenai kesulitan pekebun-pekebun kecil kelapa di wilayah Sabak Bernam. 

Ketua Pemasaran tersebut juga ingin mengetahui bilangan Syarikat Pasaran Berkerjasama yang berdaftar, atau pun syarikat-syarikat kampung yang menguruskan pasaran kelapa kering di wilayah tersebut dan jika tiada adakah permohonan dari pekebun kecil bagi menubuhkan Syarikat Bekerjasama untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh mereka sebagai mana yang tersiar di dalam Berita Harian akan dilakukan dan juga tindakan yang akan diambil.

Lanjutan daripada terbitan akhbar Berita Harian dan surat daripada Ketua Pemasaran kepada Penolong Pesuruhjaya Bahagian Tengah, Kuala Lumpur, maka tindakan selanjutnya dapat dilihat melalui satu lagi surat bertarikh 12 September 1962 dari Pemangku Setia Usaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama yang dituju sendiri kepada Encik Hashim Haji Ramlee yang merupakan orang pertama yang menyuarakan masalah ini. 

Surat tersebut dikeluarkan diatas arahan sendiri oleh Kementerian Pertanian dan Syarikat Bekerjasama. Manakala pihak Kementerian menyatakan bahawa mereka telah berusaha untuk mengalakan para pekebun kecil untuk menubuhkan Syarikat Pasaran Kelapa Kering atau pun menjual kelapa mereka menerusi syarikat-syarikat Jimat Cermat Kerjasama di wilayah Sabak Bernam amnya tetapi kurang mendapat sambutan. Melalui hebahan tulisan Encik Hashim, pihak kemeterian berharap para pekebun kecil bertambah yakin dengan usaha yang dilakukan oleh mereka. Kementerian juga akan bekerjasama jika ada para pekebun kecil untuk menubuhkan syarikat-syarikat yang boleh membantu kegiatan mereka sendiri.

Sumber : Sejarah Penanaman Kelapa di Selangor (UPSI)




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom