Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Kisah enam keramat di Sabak Bernam

Sungai Bernam

Mengikut apa yang telah dapat dikumpulkan daripada orang-orang tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa seramai enam (6) orang yang bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai keramat-keramat berikut:

(i) Keramat Pantai Landu;
(ii) Keramat Kemboja; 
(iii) Keramat Lubuk Pusing:
(iv) Keramat Sepong,
(v) Keramat Keranji; dan 
(vi) Keramat Teluk Rubiah.

Kesemua mereka dipercayai meninggal dunia di tempat yang berbeza dalam Daerah Sabak Bernam. Ada pendapat mengatakan, setiap seorang daripada mereka di Ulu Bernam, Pantai Landu, Seberang Kota, Sungai Lang atau Tanjung Medan, Keranji dan pantai Kampung Kemboja. Sebab kedatangan mereka pula tidak diketahui. Seorang daripada mereka yang tiba di Keranji, telah dianggap pahlawan oleh penduduk kampung itu kerana membantu penduduk menentang orang-orang Aceh yang datang menyerang Keranji.

Sumber : Koleksi Cerita Rakyat Daerah Sabak Bernam



KONGSIKAN:



  • Raja Abdul Jabit bin Raja Salehuddin dan kaitannya dengan Kampung Baharu, Sabak Bernam

    Pada tahun 1880, sebuah perahu layar telah berlepas dari Kuala Selangor menyusur Selat Melaka menuju ke utara, seterusnya membelok ke muara Sungai Bernam dan mudik mengikut tiupan sang bayu yang nyaman. Menjelang senja, perahu layar itu perlahan-perlahan merapati tebing sungai yang berlumpur dengan hasrat untuk berehat sementara menanti hari esok.P... Baca Selanjutnya

  • Tiada lagi ramalan untuk John Ford

    Pengarah John Ford sering menggunakan Orang Asli Amerika bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga untuk pekerjaan lain. Semasa penggambaran Fort Apache, banyak adegan memerlukan keadaan cuaca tertentu. Jadi, Ford mula membayar peramal Navajo untuk memberinya ramalan. Beberapa ramalan itu ada yang betul-betul tepat. Tetapi suatu hari pera... Baca Selanjutnya

  • Stesen kereta api Seremban dalam tahun 1932

    Stesen Kereta api Seremban dalam tahun 1932 Baca Selanjutnya

  • Kisah-kisah misteri tiga keramat di Sabak Bernam

    Menurut penceritaan lisan orang-oramg lama di Sabak Bernam, terdapat enam (6) keramat yang merujuk kepada kawasan penerokaan awal enam orang sahabat yang dipercayai peneroka awal daerah ini dan selain diteroka kawasan tersebut juga dipercayai menjadi tanah perkuburan mereka.Terdapat banyak kisah-kisah mistik yang sering dikaitkan dengan keramat-ker... Baca Selanjutnya

  • Cerita lain asal usul Daerah Sabak Bernam

    Sesetengah pendapat mengatakan, asal nama Sabak Bernam tiadalah dapat diketahui dengan sahnya. Begitu juga di mana tempat asal Sabak Bernam hari ini tidak diketahui. Cerita mulut dan lisan penduduk di sini mengatakan bahawa Pekan Sabak yang ada pada hari ini merupakan pekan yang sengaja atau kebetulan dipanggil Sabak Bernam. Tempat asal Sabak Berna... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom