Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Ini kisah hidup tragis pasangan kembar siam Daisy dan Violet Hilton




Daisy dan Violet Hilton lahir sebagai kembar Siam di Sussex, England pada 5 Februari 1908. Badan Daisy dan Violet bersatu di bahagian pinggul dan belakang.

Disebabkan alat perubatan pada zaman itu tidak secanggih sekarang, mereka tidak boleh melakukan pembedahan untuk memisahkan diri sendiri daripada badan masing-masing.

Terdapat kemungkinan bahawa sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku kepada pasangan kembar tersebut sekiranya mereka membuat pembedahan. Kami akan kongsikan kisah tragis Daisy dan Violet menerusi artikel ini:

Daisy dan Violet hanya dijadikan sebagai alat mendapatkan wang

Daisy dan Violet ialah anak luar nikah. Ibu mereka iaitu Kate Skinner meninggalkan kembar tersebut selepas mendapat tahu anak-anaknya bersatu di bahagian pinggul. Bagi Kate, ia merupakan hukuman daripada Tuhan untuk kelakuannya.

Kate pun menjual anak-anak perempuannya kepada majikannya iaitu Mary Hilton. Pada waktu itu, kembar Siam tidak akan mampu hidup lebih daripada beberapa minggu namun ia berbeza buat Daisy dan Violet kerana mereka tidak kongsi apa-apa organ utama dan arteri.


Sepanjang membesar, mereka hanya menerima penderaan fizikal dan emosi. Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah Mary hanya menganggap Daisy dan Violet sebagai cara untuk dia memperoleh wang. Buktinya, Mary letak mereka di hadapan sebuah kafe.

Semua yang lalu di sana boleh memastikan dengan mata mereka sendiri sama ada badan Daisy dan Violet betul-betul bersatu seperti yang didakwa. Untuk melakukan perkara tersebut, mereka perlu membayar beberapa sen terlebih dahulu untuk melihat kembar Siam tersebut.

Pasangan kembar Hilton pindah ke Amerika Syarikat

Selepas pindah ke Amerika Syarikat, Daisy dan Violet terus menjadi ahli muzik dan penghibur terkenal pada era 1920 sehingga 1930-an. Pada tahun 1931, kedua-dua individu berkenaan mendapatkan bantuan dari gereja tempat mereka mengadakan pertunjukan.

Menurut buku The Lives and Loves of Daisy and Violet Hilton, mereka akhirnya boleh memulakan kehidupan sendiri dan menikmati kebebasan untuk pertama kalinya pada usia 23 tahun.


Untuk dijadikan cerita, pihak pemerintah telah memberikan dana bantuan sebanyak $80 ribu (RM323,640) dan pasangan kembar ini telah diberikan kerakyatan Amerika Syarikat.

Mereka tidak pandai menjaga kewangan sendiri dengan suka berpesta. Akibat terlalu percaya dengan orang yang salah, mereka telah mendapati diri sendiri dalam pernikahan palsu dan muflis.

Selepas beberapa usaha perniagaan mereka gagal, Violet dan Daisy menjadi mangsa Selesema Hong Kong. Daisy meninggal dunia terlebih dahulu pada Januari 1969 dan kemudiannya diikuti Violet.

Disebabkan mereka hanya mempunyai $1,000 (RM4,046) dan wang tersebut tidak cukup untuk kos pengebumian, mereka terpaksa berkongsi kubur dengan seorang tentera yang meninggal dunia di Vietnam.

Ia telah menjadi sebuah kisah yang tragis pada zaman tersebut kerana mereka hidup dan pergi dalam keadaan yang menyedihkan.

Penulis:

1. Nurul Syakira Asla Mohd Yosni adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.

2. Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sumber: Messy Nessy




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom