Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah Kampung "Belakang Panggung Lama Sungai Besar"


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI


Kampung Jalan Anggerik, biasanya dipanggil kampung belakang panggung lama Sungai Besar kerana itulah yang lebih mudah untuk dikenali dan mencarinya.

Wujud sekitar tahun 1950an lagi. Berkongsi dalam satu lot tanah yang sama (LOT 406) bersebelahan Kampung Kita kerana lokaliti lot tanah yang berbeza.

Pada sekitar era 80an dan 90an.. tak hanya orang Melayu dan warga tempatan menjadi sebahagian penduduk kampung, daripada keturunan punjabi, Tamil sehingga peniaga-peniaga berasal dari tanah Minangkabau pernah menyewa rumah-rumah di sekitar kampung ini.



Walaupun dihimpit di tengah Pekan Sungai Besar, ianya masih berstatus tanah pertanian dengan syarat nyata tanaman kelapa dan kekal sebagai RIZAB MELAYU.

Dahulunya kampung ini meriah, sebut sahaja daripada Baraan hari raya, ibadah korban sehingga pernah diadakan sukan neka.. semuanya ada, tapi kini sepi, otai-otai ramai yang tiada dan yang muda pula hijrah ke bandar.

Sesetengah orang keliru, sama ada Kampung Jalan Anggerik dengan Kampung Kita yang dahulunya digelar "Kampung Pening Lalat" adalah kampung yang sama, namun hakikatnya ianya dua kampung yang berbeza cuma lokasinya sahaja bersebelahan. Lot tanah Kampung Kita dengan Lot tanah Kampung Jalan Anggerik adalah berbeza itulah puncanya dua kampung ini tidak disekalikan. 

Tambahan pula Kampung Kita terdiri daripada penduduk kampung yang terkait hubungan kekeluargaan antara satu sama lain tidak seperti Kampung Jalan Anggerik yang rencam latar belakang penduduknya.


Tiada jalan pintas menghubungkan antara dua kampung ini, jalan utama hendak masuk ke Kampung Jalan Anggerik wajib melalui jalan Anggerik yang terletak di belakang panggung lama Sungai Besar l. Kampung Kita pula jalan maduknya adalah persimpangan Jalan Lama Kuala Selangor yang berdepan Bangunan Tabung Haji Sungai Besar.


Ini ada video kenangan program Baraan Aidilfitri sekitar tahun 2004. Suasana ini berbeza 360 darjah, 10 tahun kemudian setelah ramai penduduk pergi meninggalkan kampung ini.

Gambar-gambar penduduk dan sekitar kampung era awal tahun 1980an





Dan kini... sudah jauh berubah







Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom