Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Bagaimana keadaan lapisan ozon bumi hari ini




Lapisan ozon bumi sedang dalam proses pemulihan sepenuhnya dalam tempoh beberapa dekad akan datang selepas bahan kimia mengakibatkan penipisan lapisan tersebut berjaya dihapuskan secara berperingkat, menurut penilaian baharu disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebenarnya lapisan ozon melindungi planet ini daripada sinaran ultra unggu yang berbahaya. Sejak akhir tahun 1980-an, saintis memberi amaran mengenai lubang pada lapisan tersebut disebabkan bahan penipis ozon dikenali klorofluorokarbon (CFC) yang sering ditemui dalam peti sejuk, aerosol dan bahan pelarut.

Difahamkan kerjasama antarabangsa telah membantu membendung penipisan lapisan ozon menjadi serius. Penggunaan CFC menurun sebanyak 99 peratus sejak Protokol Montreal dikuatkuasakan pada tahun 1989 yang memulakan penghapusan bahan kimia tersebut secara berperingkat.

Jika dasar global dilaksanakan, lapisan ozon dijangka dipulihkan menjelang 2040. Bagaimanapun proses pemulihan lapisan di Artik akan memakan masa panjang sehingga 2045 dan di Antartika 2066.

perubahan iklim pada masa akan datang. Kejayaan kami dalam menghapuskan bahan kimia pe- nipis ozon menunjukkan perka- ra paling penting mesti dilakukan terlebih dulu," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia, Petteri Taalas.

Selain itu, gas akibat rumah hijau merupakan faktor penipis- an ozon dan tanpa sekatan di seluruh dunia mungkin me- nyaksikan pemanasan global sehingga 1 darjah Celsius, menurut kajian jurnal Nature.

Ketika ini, planet telah merekodkan pemanasan antara 1.2 darjah Celsius sejak revolusi perindustrian dan saintis memberi amaran ia perlu dihadkan sekitar 1.2 darjah Celsius bagi meng- elakkan krisis lebih buruk terhadap iklim.

Pemanasan melebihi 1.5 darjah Celsius akan meningkatkan risiko kemarau melampau, kebakaran hutan, banjir dan krisis makanan. Penilaian pertama diterbitkan setiap empat tahun.

Saintis juga melihat prospek kejuruteraan geologi solar dengan mengurangkan pemanasan global seperti menyembur aerosol ke stratosfera bagi memantulkan cahaya matahari keluar dari Bumi.

Semburan aerosol ke stratosfera boleh membantu mengurangkan pemanasan iklim, namun ia mungkin memberi kesan sampingannya.

"Teknologi itu boleh menjejaskan suhu stratosfera, peredaran pengeluaran ozon dan kadar pemusnahan tinggi," katanya. - Agensi




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom