Oleh : Tengku Yusuff
Alhamdulillah, negeri Kelantan masih ada ramai lagi tok-tok guru sesepuh yang umur mereka sudah melebihi 80 tahun. Kebanyakkan daripada mereka tidak diketahui awam (mastur) kerana duduk di pondok mengajar walau yang mengaji dua tiga orang murid, ada yang beruzlah beramal ibadat di rumah di hujung-hujung usia dan ada yang uzur terbaring tidak bermaya.
Sungguh mereka-mereka inilah yang patut kita ziarah minta nasihat, minta didoakan kerana peluang untuk kita berbuat demikian semakin tipis. Lihat Allahyarham Tok Ayah Isa yang telah pun meninggal dunia baru-baru ini, ramai antara kita mengatakan menyesal dan terkilan sebab tak sempat ziarah. Jadi mari kita cari waktu dan masa selagi masih diberikan kesempatan.
Berikut al-Faqir senaraikan 14 orang alim ulama' sesepuh, Tok Guru tua di negeri Kelantan Darul Naim. Mudah-mudahan yang berhajat untuk ziarah dipermudahkan segala urusan. Peringatan kepada semua jaga SOP ketika bertemu mereka tambahan pula kes semakin tinggi sekarang.
1. Tuan Guru Haji Ismail, Kok Pasir (98 tahun)
2. Tuan Guru Haji Hamzah, Padang Kala (97 tahun)
3. Tuan Guru Haji Wan Omar, Kampung Parit (96 tahun)
4. Tuan Guru Haji Muhammad, Bukit Panau (91 tahun)
5. Tuan Guru Haji Abdul Aziz, Kota Bharu (91 tahun)
6. Tuan Guru Haji Sufian @ Pak Muda Sufian (90 tahun)
7. Tuan Guru Haji Ibrahim, Kok Keli (89 tahun)
8. Tuan Guru Haji Mohd Zain, Pondok Lambor (87 tahun)
9. Tuan Guru Haji Abdullah Abdul Razak (86 tahun)
10. Tuan Guru Pak Teh Enggong, Kuala Krai (84 tahun)
11. Tuan Guru Baba Haji Muhammad, Pondok Berangan (84 tahun)
12. Tuan Guru Haji Wan Muhammad Tendong, Pasir Tumboh (84 tahun)
13. Puan Guru Hajah Rofiah, Kok Keli (83 tahun)
14. Tuan Guru Haji Ahmad, Pondok Pangkal Machang (83 tahun)
Terima Kasih Baba Muhammad Rusydi atas maklumat-maklumat yang diberikan.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: