Pirates of The Carribean
Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean
Sebenarnya sekitar abad ke-15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Mediterranean yang mendapat jolokan 'The Barbarossa Brothers'.
Acap kali kapal dagang Eropah yang belayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua-beradik ini diperairan tersebut.
Nama Barbarossa amat popular sehingga menggerunkan tentera Salib pimpinan Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II.
Siapakah Barbarossa yang sangat ditakuti oleh Eropah itu?
Sebenarnya, gelaran itu bukanlah nama seseorang. Perkataan Barbarossa merupakan gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu 'barber' (janggut) dan 'rossa' (merah).
Nama itu adalah jolokan yang diberi oleh pelayar Eropah terhadap Aruj dan Heyreddin @ Khairaddin, dua-beradik yang memiliki janggut kemerah-merahan.
Namun, legasi Heyreddin sebagai pahlawan Islam terbilang bukanlah sesuatu yang menggembirakan pihak Barat. Mereka tidak mahu sosok digelar Barbarossa yang digeruni mereka suatu ketika dulu menjadi sebutan. Tambahan pula dia adalah seorang pahlawan Islam.
Jadi, Barat memulakan manipulasinya. Mereka menulis dan mewujudkan semula 'watak' baru ciptaan mereka yang melenyapkan gambaran sebenar Barabossa sama ada dalam komik, buku mahupun filem.
Watak Barbarossa digambarkan sebagai lanun jahat. Segala unsur negatif dipadankan dengan watak itu.
Contoh paling mudah untuk anda ingat, watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean. Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol dan imej jahat Barbarossa.
Sedangkan hakikat yang sebenarnya jauh berbeza dengan identiti Barbarossa sebenar. Bendera kapal Heyreddin sebenarnya adalah berwarna hijau yang tertulis kalimah surah Ash-Shaff ayat 61:13 berupa doa Nashrun.
Manakala ditengahnya pula terdapat gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, milik Rasulullah SAW. Manakala empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah kaligrafi nama empat khalifah Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Lihatlah, betapa susuk pahlawan terbilang ini dipropogandakan oleh Barat lalu dimunculkan sebagai watak beraura negatif.
Barbarossa bukan lanun jahat, bukan juga diiringi simbol tengkorak. Sebaliknya, beliau adalah pejuang umat Islam.
Pahlawan yang berjihad demi Islam ini amat digeruni oleh puak Kristian dahulu dan kerana kehebatannya itu, dibenci pihak musuh hingga ke hari ini.
Inilah fakta dan kebenarannya mengapa simbol-simbol sebenar pahlawan Islam ini cuba diubah dan dilenyapkan!
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: