Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Telur Omega 3, apa yang perlu anda tahu


Telor Omega 3



Ramai pula yang tag saya supaya ulas isu telur Omega yang katanya belambak dekat pasaran. Sudagha ingat saya ni pegawai yang menjaga keterjaminan makanan ke? Tanya banyak-banyak saya pun kurang arif juga. Perlulah tanya pakar pemakanan / dietitian.  

Pagi tadi isteri saya pun buat sarapan telur mata lembu dua biji. Saya tanya kat mana dapat telur tu? Dia kata tu telur Omega beli dekat Sabasun, banyak saja. Mujurlah kami ni sedikit berada, bolehlah beli telur Omega harga 80 sen sebiji. Boleh tahan juga mahalnya. 

Pagi ini sempat sikit baca berkaitan dengan telur Omega-3 Ini kefahaman yang saya dapat. Bolehlah saya kongsi, kalau ada yang tak kena boleh tegur saya. 

Telur Omega diberi nama sebab makanan ibu ayam yang menelorkan telur tersebut diberi makanan yang kaya dengan Omega. Makanan yang kaya itu adalah bijirin bernama flaxseed. Entah kat Malaysia ni orang beri nama apa pun saya tak tahu. Tak pernah tengok pun. 

Telur yang diperkayakan dengan Asid lemak omega 3 ini dikatakan baik untuk kesihatan menurut beberapa kajian yang telah pun dibuat oleh para Saintis. Makanan yang lain yang tinggi juga asid lemak omega ini ada juga dalam bijirin Cia, minyak Buah Keras (walnut), minyak jagung dan minyak kacang soya. Dalam ikan yang berlemak seperti ikan Solomon, ikan Kerapu, ikan Tuna, ikan Sardin dan ikan sebelah pun banyak. Dalam makanan-makanan tu 2-3 kali ganda lebih daripada telur yang mengandungi Omega 3. Tapi isunya adalah mahal, telur sedikit murah. Ikan yang murah seperti talipia, udang dan ketam tak banyak pula omega 3.

Satu lagi maklumat saya dapat Omega 3 itu hanya terdapat dalam telur kuning (yolk). Telur putih tak ada kandungan omega 3. Perlu diingatkan juga bahawa pecahan lemak kolesterol di dalam telur itu adalah tinggi. Jadi ia memberi kesan juga kepada orang yang mempunyai risiko sakit jantung. Bagi pesakit yang baru saja diserang sakit jantung, dinasihatkan supaya tidak ambil dalam tempoh tiga bulan pertama. 

By right, perlu saja kita makan makanan yang mengandungi Omega 3 untuk menjaga kestabilan sel, anti Oksidan serta antiradang. Tetapi bagi saya pemakanan kita yang seimbang seharian pun sudah pun mencukupi. Omega 3 adalah pemakanan tambahan bagi orang yang have have. 

Suhazeli Abdullah 
27/12/2022



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom