Tatu menjadi perhiasan di badan seperti barang kemas yang biasa dipakai oleh para wanita. Bagi si pemakai, tatu adalah cara untuk memperlihatkan personalitinya dan juga menunjukkan sifat 'gangster' dirinya dalam sesuatu kumpulan. Tapi berbeza dengan warga China, tatu pada zaman dahulu adalah sesuatu yang dilarang.
Namun tamadun China mempunyai sejarah panjang dengan pemakaian tatu beribu-ribu tahun dahulu. Tatu dalam bahasa Cina ialah ‘Ci Shen’ yang bermaksud menusukkan badan. Maksud tatu ini juga begitu jelas bahawa masyarakat China berbangsa Han dahulu tidak berapa suka menghiasi badan mereka dengan tatu. Kecuali ada segelintir kaum asal yang menetap di China yang mempunyai amalan bertatu.
Kerajaan dinasti terdahulu pernah menggunakan tatu sebagai hukuman berat. Ya, mereka gunakan tatu sebagai bentuk hukuman berat. Nama hukuman tatu ini ialah ‘Ci Pei’. Hukuman men-tatu-kan banduan adalah sebahagian dari 5 bentuk hukuman berat seperti memotong hidung, mencacatkan anggota badan, mengembiri (memotong organ pembiakan lelaki), dan hukuman mati.
Apabila seseorang warga didapati bersalah atas jenayahnya, tatu akan dilakar di atas muka banduan dengan karakter ‘黑’ yang bermaksud hitam menggunakan dakwat hitam yang sukar dihilangkan. Tatu ini menjadi tanda atau label kepada si penjenayah, kemudian mendapat hukuman dibuang negeri.
Sehingga kini, kerajaan China tidak lagi menggunakan tatu sebagai bentuk hukuman, malah penggunaannya menjadi selari dengan aktiviti kongsi gelap yang berleluasa di seluruh China dengan pnglibatan jenayah berat.
Oleh: Dans CKay’s
The Patriot
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: