Pemimpin Muslim terakhir di Andalusia, Sepanyol, Abu Abdallah Muhammad atau diberi gelar Boabdil, baginda sultan ketika itu berumur 22 tahun dan terpaksa keluar dari istana kerajaannya dengan penuh hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan tentera-tentera kafir Katolik !! dengan dipimpin oleh Raja Ferdinand II dari Aragon dan Ratu Isabella I dari Castille, setelah berada dibawah pemerintahan dan kemakmuran Islam selama lebih dari 700 tahun ( 781 tahun ).
Sultan Abu Abd Allah Muhammad al-Thani ashar ke-12 ini, meninggalkan istana yang berdiri megah lagi kukuh itu dengan hati yang merintih pilu dan dadanya penuh sesak sekali.
Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana al-Hambra, Granada.Sultan terakhir di bumi Sepanyol ini menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah-kuyup dengan linangan air matanya.
Melihat hal itu, ibundanya, Aisyah berkata,
' Menangislah ! Menangislah seperti perempuan ! kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti seorang lelaki perkasa ! '
Lalu berakhirlah kekuasaan Islam di Andalusia.Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan tamadun umat yang mentauhidkan Allah di bumi Sepanyol.Manakala umat Islam dan Yahudi disana diberi pilihan, sama ada dipaksa murtad menjadi Kristian, diseksa sebelum dibunuh dengan kejam atau diusir !!
Nota : Selepas sembilan tahun penguasaan orang-orang Kristian ke atas Andalusia dan Kota Granada, maka terjadilah suatu peristiwa kekejaman dan pembantaian secara besar-besaran yang dilakukan oleh para pendeta dan tentera-tentera kafir Katolik terhadap umat Islam yang masih tersisa dibumi Sepanyol itu, atas perintah Ratu Isabella I, iaitu peristiwa berdarah ' Reconquista de Andalus ' di dalam lipatan sejarah.
Sumber : Sejarah Kegemilangan Dan Kehancuran Empayar Islam Di Bumi Eropah.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: