Kota Timbuktu yang terletak di negara Mali sebenarnya penyelamat manuskrip-manuskrip lama yang telah sekian lama rakyat Afrika Utara sembunyi dan simpan dari dirampas dan dibakar oleh penjajah Perancis. Menurut sumber dari National Geographic, sebanyak 700,000 buah manuskrip telah diselamatkan. Apakah pentingnya manuskrip kuno ini sehingga warga Afrika Utara sanggup selamatkannya?
Sebenarnya kesemua manuskrip yang diselamatkan ialah hasil karya pengkaji-pengkaji muslim pada zaman pemerintahan khalifah. Afrika Utara dulu menjadi sebahagian dari dunia Islam yang pernah gemilang selepas zaman Khulafa A-Rasyidin. Antara karya-karya tersebut ialah:
Kitab Al-Quran, koleksi hadis, koleksi tulisan para Sufi dan juga berkaitan dengan ibadah orang Muslim.
Aktiviti sekolah perundangan Islam di Maliki (Maghribi)
Karya kajian saintifik muslim seperti matematik dan astronomi
Karya bersejarah dan sastera seperti perjanjian kontrak, puisi, ulasan, hikayat, dan catatan-catatan warga Afrika kuno. Karya-karya ini antara yang terbanyak dan kaya dengan sejarah.
Pada tahun 1830-an, Afrika Utara masuk fasa kolonisasi penjajah Perancis. Jadi, manuskrip-manuskrip tinggalan tokoh Islam ini disimpan dan disembunyikan oleh warga Afrika sendiri supaya harta bernilai ini tidak dirampas oleh penjajah. Setelah negara-negara Afrika Utara mencapai kemerdekaan, barulah ada usaha mengumpulkan semula manuskrip-manuskrip kuno ini dan disimpan di 60 buah perpustakaan di Timbuktu.
Institut Ahmed Baba yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah contoh pertubuhan akademik yang selamatkan manuskrip Afrika kuno ini. Walaupun kempen ini nampak berjaya, tetapi ahli-ahli akademik Afrika mengambil masa yang lama untuk mentafsirnya kerana kesan penjajahan Perancis yang memaksa warga Afrika bertutur bahasa Perancis.
Kerana busaya menyimpan manuskrip kuno, Timbuktu menjadi pusat penyimpanan ilmu Islam yang berupaya merubah dunia Afrika Utara, menjadi negara-negara Islam yang ke hadapan dari segi penyebaran ilmu akademik.
Oleh: Dans CKay's
The Patriot
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: