Lelaki Kejam Ini Bunuh Orang Lalu Beri Makan Pada Buaya. Seram Betul!
Oleh: ISKANDAR ZULFAQAR
Nama Carl Panzram memang sangat terkenal di Amerika satu ketika dulu dan diberi gelaran "American most repulsive seriel killer".
Kalau anda tengok gambar Carl di bawah, anda mungkin nampak wajahnya macam orang biasa sahaja dan tak menakutkan.
Namun, hakikatnya, lelaki bernama Carl ini telah meragut banyak nyawa dengan tangannya sendiri.
Kes pembunuhan yang paling kejam yang pernah Carl Panzram lakukan adalah dia pernah mengambil 6 orang lelaki bekerja dengannya di atas bot.
Kemudian, ketika di atas bot, dia tembak kesemua 6 orang lelaki itu lalu mayat mereka semua dia potong dan dia beri makan pada buaya-buaya yang terdapat dalam sungai tersebut.
Seram betul. Dah lah bunuh orang. Lepastu buat amalan baik pula dengan beri makan pada buaya haha.
Bukan itu sahaja, sepanjang rekod, Carl Panzram telah membunuh seramai 21 orang (jumlah kasar, mungkin lebih). Carl juga telah meliwat seramai 1000 orang lelaki seramai karier jenayahnya pada tahun 1920an.
Carl Panzram ditahan pada tarikh 30 Ogos 1928 dan dipenjarakan. Kemudian, dia digantung sampai mati pada tarikh 5 September 1930.
Seram pulak kan tengok karier jenayah Carl Panzram ini. Ramai orang dibunuhnya dengan kejam.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: