Kalau korang pergi kenduri dekat Kedah, jangan terkejut sebab air sirap dia rasa macam pelik sikit. Lepas tu siap ada lengkong dengan telur katak lagi. Bila tanya orang Kedah, katanya tu air sarbat.
Apa benda air sarbat ni?
Secara asasnya air sarbat ni mengandungi rempah ratus macam kulit kayu manis, jintan manis dan bunga cengkih. Rempah ratus itu akan dicampur dengan pewarna merah, air dan gula. Maka terciptalah air sarbat.
Macam mana air sarbat ni boleh tercipta?
Air sarbat ni dah wujud sejak ribuan tahun di Parsi. Malah air sarbat juga dicatatkan dalam buku Canon of Medicine dan Hikayat Seribu Satu Malam. Apabila jalan Sutera dibuka, air sarbat mula tersebar di merata tempat. Salah satunya adalah Empayar Mughal di India.
Dalam masa yang singkat sahaja, air sarbat mula popular di seluruh India. Nak jadikan lagi sedap, Empayar Mughal telah tambah baik sedikit resepi air sarbat. Mereka telah letakkan ais daripada Banjaran Himalaya bagi menghasilkan satu minuman yang sedap lagikan menyegarkan.
Seperti yang kita tahu, telah berlaku gelombang perpindahan penduduk daripada India ke Tanah Melayu pada awal 1900-an. Mereka turut membawa makanan turun temurun seperti air sarbat.
Hari ini air sarbat menjadi minuman yang sangat popular di negeri-negeri utara. Pergi je dekat Pulau Pinang, korang akan nampak orang beratur punya panjang dekat satu berdekatan Chowrasta.
Oleh Azmil Azali
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: