Kenapa kubis Mesir besar besar?
Kalau korang tengok gambar ni mesti akan hairan kenapa besar semacam kubis dia. Dah besar sepemeluk tengok, tak macam kubis kita besar bola futsal je. Tau tak benda ni ada kaitan dengan banjir sungai Nil?
Sungai Nil ni sungai yang besar, tak macam sungai Klang ke apa. Memang sungai yang sangat besar dan panjang. Setiap tahun ada banjir, dan banjir dia berkali ganda lebih dahsyat daripada bah Pantai Timur. Tapi banjir ni walaupun dia teruk, dia ada kebaikan dia tersendiri. Mendapan mendapan hilir sungai tu dibawa ke atas.
Mendapan ni ada bahan organik reput macam pokok mati, sisa sisa haiwan dan mineral sungai. Jadi bila dia dibawa ke atas (tebing sungai), memang jadi subur lah tanah tu. Kiranya, mendapan sungai tu ialah baja organik semula jadi yang sangat menyuburkan. Jadi, campaklah biji benih ke apa dekat tebing sungai tu, mesti akan jadi pokok pokok subur dan ranum. Malah, pokok gandum, barli, kacang kuda dan kacang pis tu semua orang purba dulu jumpa dekat kawasan tebing sungai Nil, Tigris dan Furat.
Sebab yang sama kenapa orang panggil Palestin ni bumi para Anbiya’ yang diberkati Tuhan. Sebab tanah dia sama subur macam Mesir, cuma bezanya Mesir ada hilir sungai Nil, Palestin ada ada hilir sungai Jordan. Jadi, sebab tu banyak empayar purba dulu cuba takluk Mesir dan Palestin sebab nak tanah subur.
Macam Rom dulu lepas Mesir kena rampas dengan tentera Khulafa’, terus dah tak boleh bangkit sebab Mesir sahaja sumbang makanan dan ekonomi tersebar pada Rom. Tanah tanah yang Israel jajah daripada Palestin pun dia ambik kawasan yang subur subur. Kawasan bersungai dari Iraq (Tigris dan Furat), ke Palestin (Jordan dan Jericho) sampailah ke Mesir (Nil) ni dipanggil Hilal Subur atau Fertile Crescent. Kawasan paling subur di muka bumi.
Jadi sebab tu kalau korang campak biji benih ke tebing sungai besar macam Nil, Jordan, Tigris, Furat, Yangtze, Mississippi, semua pokok pokok yang tumbuh mesti akan jadi subur gila.
Oleh: Ammar Akmal
The Patriots
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: