Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kenali Tuan Guru Maulana Isa, Layang-layang Kiri


Tuan Guru Maulana Isa, Layang-layang Kiri ( 1938 - Kini )

Oleh : Tengku Yusuff 



Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Maulana Haji Isa Bin Mat Piee dan beliau dilahirkan pada tanggal 3 Oktober 1938 di Kampung Teluk Manis, Layang-layang Kiri, Parit, Perak. Ayahnya Mat Piee Bin Kulop Manan berasal dari Kampung Merua, Parit manakala ibunya Teh Habsah Binti Uda Seni dari keturunan Sumatera. Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Nadwah al-Tullab, Layang-layang Kiri dibawah didikan Tuan Guru Haji Othman Bin Itam Karib selama 3 tahun. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum, Deoband, India selama beberapa tahun.




Senarai guru-gurunya di Deoband, India ialah :

1. Maulana Qari Muhammad Tayyib al-Qasimi
2. Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi
3. Maulana Naim
4. Maulana Khursyid
5. Maulana Salim
6. Maulana Sayyid Fakhruddin Muradabadi 

Antara sahabat-sahabatnya ialah :

1. Maulana Lambak
2. Tuan Guru Haji Awang Jidin
3. Syeikh Wan Izzudin 

Setelah pulang pada tahun 1967, beliau berkhidmat di Madrasah Aziziah, Pekan Parit sebagai guru agama dan kemudian setelah gurunya Tuan Guru Haji Othman jatuh sakit, beliau diminta pulang ke kampung halaman agar dapat berkhidmat mengajar di Madrasah Nadwah al-Tullab.

Selain daripada itu, beliau juga telah dilantik sebagai guru takmir kawasan Perak Tengah sehingga bersara pada tahun 2020.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan Tuan Guru Maulana Isa pada 8 Disember 2022



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom