Jenang Kudus
Jika rakyat Malaysia begitu terkenal dengan dodol, masyarakat Jawa juga mempunyai makanan seakan dodol yang dikenali dengan nama jenang kudus. Ia diperbuat daripada tepung beras pulut, santan serta gula Jawa dan merupakan makanan ringan dari Kudus, Jawa Tengah.
Semasa proses menghasilkan jenang kudus ini, tepung beras pulut akan digaul rta bersama air secukupnya. Ia kemudiannya dicampurkan dengan gula pasir, gula merah dan juga bijan. Adunan ini kemudiannya dimasak hingga sebati dan kental.
Setelah ianya siap dimasak, jenang kudus akan disejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan plastik. Proses memasak jenang kudus ini mengambil masa selama empat jam menggunakan kayu seakan dayung sampai untuk memasak kuih ini.
Tekstur jenang kudus lebih lembut berbanding dodol serta memiliki rasa yang istimewa. Selari dengan perubahan zaman, jenang kudus ini mempunyai rasa baru seperti perisa durian, susu, halia, strawberi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, warna aslinya masih dikekalkan iaitu warna coklat kerana ia diperbuat daripada gula jawa.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: