Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manuskrip Melayu di Amerika Syarikat




Manuskrip Melayu Yang Disimpan Rapi Di Perpustakaan Utama Amerika Syarikat .
Merupakan manuskrip dan kitab-kitab kesusasteraan Melayu yang berada dalam koleksi simpanan Charles Wilkes seorang ahli artifak dan juga ketua tentera Amerika yang banyak merekod dan menyimpan segala artifak yang diperoleh di alam nusantara pada abad ke-18.

Koleksi ini dikatakan setanding dengan koleksi manuskrip Stamford Raffles yang musnah dalam satu kebakaran kapal laut bernama Fame pada tahun 1824.Pada mulanya ia disimpan di National Institution apabila dipindahkan ke sana pada tahun 1858.Khazanah yang digelar ' Smithsonian Deposit ' ini juga telah melalui proses digitasi oleh perpustakaan utama Amerika Syarikat di Washington D.C iaitu Library Of Congress.








Antara manuskrip dalam koleksi Wilkes pula adalah Sejarah Melayu oleh Munshi Abdullah ( 1840 ), Hikayat Abdullah ( 1843 ), Hikayat Amir Hamzah ( 1838 ), Hikayat Johor ( 1838 ), Hikayat Panca Tanderan ( 1835 ), Hikayat Patani ( 1839 ), Hikayat Syah Mardan ( 1837 ), Hikayat Isma Yatim ( 1837 ), Hikayat Singapura ( 1837 ), Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu Dalam Segala Negeri ( 1837 ), 7 buah Kitab Injil ( 1820 - 1831 ), dan Kitab Tib tulisan tangan Munshi Abdullah yang ditulis pada tahun 1837.

Kredit : Lokqc Talu

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom