Sekitar tahun 1925, Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, iaitu Tuanku Muhammad Ibni Yamtuan Antah yang terlantar sakit di London telah diziarahi oleh seorang ulama dari Kampung Kuala Talang, iaitu Tuan Tulis.
Di dalam pertemuan tersebut, Tuan Tulis meminta dibawakan segelas air lalu dijampinya. Kemudian Tuan Tulis menyapukan air tersebut di badan baginda Tuanku dan selebihnya baginda minum. Dengan izin Allah SWT, seketika itu juga baginda Tuanku merasakan sembuh dari penyakitnya.
Kemudian baginda Tuanku Muhammad berkenan untuk mengurniakan hadiah kepada Tuan Tulis. Tetapi sekembalinya baginda dari biliknya untuk mengambil hadiah, baginda mendapati bahawa Tuan Tulis sudah tiada.
Dalam kehairanan itulah baginda Tuanku Muhammad menyedari bahawa sebenarnya Tuan Tulis sudah pun meninggal dunia lebih tiga tahun yang lalu.
Pada masa itu juga baginda memasangkan niat untuk menziarahi makam Tuan Tulis apabila pulang ke tanah air. Beberapa tahun kemudian baginda Tuanku Muhammad Ibni Yamtuan Antah menunaikan hasratnya dan menitahkan supaya dibina bangunan di makam Tuan Tulis dan ianya masih kekal sehingga sekarang.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: