Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Cerita "Baju Melayu" tahun 1897




Foto tahun 1897 ini adalah antara foto terawal yang menunjukkan perkara berikut dan diwarnakan.

1. Baju Melayu atau "Baju Ayit Kurang" (JR Logan, 1849) i.e. "Baju Jahit Kurung" asalnya adalah baju kurung paras bawah punggung dan berleher bulat.



Nota: Potongan leher bulat ini wujud semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, cuma versi awal tidak berlengan dan tidak mempunyai butang. Ianya kemudian dikenali sebagai potongan leher "Teluk Belanga" sekitar abad ke-19.

2.  Sampin dikenakan dengan gaya "Berdagang Dalam" (sampin dibawah baju Melayu) bagi menunjukkan si pemakai adalah penduduk tempatan.

3.  Sampin dikenakan dengan gaya "Berdagang Luar" (sampin diatas baju Melayu) bagi menunjukkan si pemakai adalah orang luar / orang dagang.



4.  Sultan, ahli Kerabat & jemaah Menteri memakai seluar panjang yang dibuat sama warna dengan baju mereka.

5.  Mufti dan pegawai Agama Islam dibenarkan memakai baju negeri Atas Angin (pakaian Arab).

6.  Hanya hulubalang, biduanda & laskar upahan sahaja yang memakai seluar gunting Aceh (paras betis) yang berlainan warna dengan baju mereka.

Sumber:  Yusrin Faidz.

1) Leiden University Library. Gambar Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali (1836-1914), Sultan Pahang Pertama ketika usia beliau 61 tahun.
 
2) The Manners and Customs of the Malays, JR Logan, 274 xviii, The Journal of Indian Archipelago and Eastern Asia, Volume 3 of 1849.

OBK - "Sebagai bangsa MELAYU, kita perlu berbangga pada BAJU MELAYU".



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom