Penempatan bagi pekerja ladang tembakau yang berasal dari Jawa. Ianya dirakam sekitar tahun 1895. Penempatan atau perkampungan pekerja ini dibina majikan mereka iaitu Amsterdam Deli Company di ladang Kalahoen Pinang, Medan, Sumatra. Tanah ini adalah sebahagian dari konsesi yang diperoleh Amsterdam Deli Company dari Sultan Deli ke-9 iaitu Sultan Ma'mun Al Rashid Perkasa Alam Shah (r. 1873-1924) sekitar tahun 1882.
Sumber: KITLV 103738, Leiden University Libraries, Amsrerdam.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: