Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kitab pahlawan Mat Kilau, permata ilmu alam Melayu


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI



Kitab disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau. Pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajah Inggeris, kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah Inggeris. Sehinggalah putus hubungan mereka.

Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhammad Mulut Merah oleh Mat Saman, kemudian diserahkan pula kepada yang teramat mulia Tengku Bongsu Kelantan yang kemudiannya diserahkan pula kepada Dato' Hj Nik Mahmud yang pada masa itu menjadi Perdana Menteri Kelantan. Hj Nik Mahmud ialah juga pengarang KITAB PATI RAHSIA, sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal (dan sebagainya) yang diterbitkan di Negeri Kelantan.

Dari Dato' Hj Nik Mahmud inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hassan, satu-satunya murid kepada Dato' Nik Mahmud yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-tiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkan sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkan kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut, kitab ini telah ditapis oleh Dato' Hj Nik Mahmud yang pada masa itu menjadi Menteri Besar Kelantan yang Sultannya ialah Sultan Ismail.

Ustaz Wan Alam Bin Wan Hassan dari Sungai Petani.












Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom