Eksklusif:"beban besar saya"
sumber: Berita Harian, 5 Mei 1969
Pulau Pinang, Ahad- Tengku Abdul Rahman hari ini menerangkan bagi kali pertama tentang kebimbangan2 rombongan merdeka yang dipimpinnya ke England pada tahun 1956 untuk meminta British memberi kemerdekaan penoh kepada Malaya.
"sesetengah raja2 melayu tidak sepenuhnya bersetuju British menyerahkan semua kuasa kepada rakyat" ujar Tengku.
Dalam pelayaran dari singapura ke Karachi, Tengku berkata, rundingan2 dilangsongkan terus menerus dengan wakil2 dari raja2 Melayu.
"Menteri Besar Johor Dato Mohamed Seth, telah diperintahkan oleh almarhum sultan Johor bahawa baginda mahu seorang penasihat British untuk Negeri Johor, "ujar Tengku.
Tengku yang berucap dalam upacara merasmikan sebuah masjid baru di permatang damar laut, dekat Bayan Lepas, berkata:
akibat dari kejayaan rombongan merdeka, Dato Mohamed Seth telah dipecat sebagai menteri besar.
"Oleh itu, adalah menjadi tanggongjawab perikatan untuk menawarkan satu jawatan kepadanya apabila negeri ini merdeka. Dato Seth dengan jujur telah berkhidmat hingga akhir hayatnya." ujar Tengku lagi.
sebelum merdeka,kata Tengku lagi kedudukan orang2 melayu "sangatlah memalukan. Dalam masa pendudukkan Jepun kedudukan kita lebih2 lagi hina.
" Tetapi berkat kebesaran Allah yang maha kuasa, kita telah mencapai kemerdekaan dan dengan merdeka kita berusaha untuk memajukan negara dan membaiki kehidupan rakyat.
"Dengan tercapai kemerdekaan, taraf orang2 Melayu dibaiki, dan hari ini orang2 melayu terkenal dalam lain2 negara." ujar Tengku.
nota
1. DYMM Sultan Ibrahim al masyhur ibni Maharaja Abu Bakar mangkat pada 8 Mei 1959
2. Dato Mohamed Seth meninggal dunia pada 30 Januari 1962
3. Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj meninggal dunia pada 6 Disember 1990
4. 10 mei 1969 pilihanraya umum. 13 mei 1969 rusuhan kaum sehingga parlimen digantung
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: