Mungkin tak ramai daripada kita yang pernah dengar kisah pasal Inspektor. Mukhtiar Singh a/l Sodagar Singh yang berjaya membunuh 18 orang pengganas komunis sepanjang era darurat. Mula mengangkat senjata melawan komunis ketika berumur 16 tahun dan berkhidmat dengan pasukan polis selama hampir 30 tahun.
Dilahirkan pada 1932 dan datang ke Tanah Melayu pada 1939 bersama-sama datuknya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat milik British. Ketika darurat diisytiharkan pada tahun 1948, Mukhtiar Singh diambil sebagai Special Constable (SC) oleh OCPD Kepong ketika itu.
Pertempuran menentang pengganas Komunis
Tarikh 2 Januari 1958 - Mukhtiar Singh berjaya menembak dan mencederakan Yap Keow Sin, ahli jawatankuasa peringkat negeri Parti Komunis Malaya dan mempunyai ganjaran $20,000 untuk penangkapan atau pembunuhannya. Yap enggan menyerah diri kerana takut akan dicederakan telah menyebabkan Inspektor Mukhtiar masuk ke dalam kem tanpa bersenjata sebagai jaminan bahawa Yap tidak akan dicederakan. Yap seterusnya menyerah diri.
25 Disember 1955, Inspector Mukhtiar yang menjalankan aktiviti risikan secara bersendirian di Sungai Buloh telah terserempak dengan dua orang pengganas Komunis. Inspektor Mukhtiar berjaya menembak seorang pengganas Komunis iaitu Ho Keng Meng sebelum melarikan diri ke dalam hutan (ahli jawatankuasa PKM peringkat daerah, yang kemudiannya menyerah diri) dan menembak mati seorang lagi pengganas Komunis.
Tahun 1959, Kehadiran baki empat orang penggganas komunis menyebabkan Selangor masih gagal diisytiharkan sebagai kawasan putih. Keempat-empat orang baki pengganas Komunis ini dipercayai bertanggungjawab ke atas pembunuhan Inspektor Kartar Singh dan 11 orang lagi anggota polis di dalam satu kejadian di Bukit Beruntung pada tahun 1953.
Kumpulan ini juga bertanggungjawab membunuh OCPD Rawang. Seminggu sebelum sambutan Tahun Baru Cina, pada jam 4 pagi, Inspector Mukhtiar bersama-sama 30 orang anggota platunnya telah bertolak ke kawasan Sungai Gantung di mana pasukannya berpecah kepada kumpulan kecil. Pada jam 5 petang, pasukannya mengesan pergerakan Komunis dan mengepung kawasan tersebut. Serangan bermula menyebabkan seorang anggota Komunis mati, seorang tercedera dan seorang lagi berdiri di tebing sungai sambil memegang senjatanya untuk melindungi anggota Komunis yang tercedera. Inspektor Mukhtiar mengambil keputusan untuk tidak menembak anggota komunis yang berdiri di tebing sungai tetapi sebaliknya menjadikannya tawanan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai aktiviti komunis. Baki seorang lagi komunis menyerah diri keesokannya di Balai Polis Kerling. Kejayaannya membebaskan Selangor daripada ancaman Komunis ini, Inspector Mukhtiar telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Selangor pada sambutan harijadi baginda yang ke-61.
Inspektor Muktiar Sigh juga telah dianugerahkan pingat Conial Police Medal For Gallantry in Action oleh Wueen Elizebeth.
Ketika tamatnya darurat pada tahun 1960, Inspector. Mukhtiar telah berjaya membunuh seramai 18 orang pengganas komunis.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: