Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Tuan Guru Haji Muhammad Ramli Pondok Katong


IKLAN


Manaqib beliau :

Tuan Guru Haji Muhammad Ramli Pondok Katong ( Meninggal dunia sekitar tahun 1988/1989 )

Oleh : Tengku Yusuff

Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Ramli Bin Haji Muhammad Saman Bin Haji Mohammad Solih Bin Abdul Somad Bin Muda dan beliau dilahirkan di Mekah.

Beliau merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Muhammad Saman @ Tok Katong iaitu pengasas Pondok Katong, Yala.

Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya sebelum memasuki Pondok Dala lalu berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman atau lebih masyhur dengan panggilan Tok Dala. Beliau kemudiannya diambil sebagai menantu oleh gurunya tersebut, dinikahkan dengan Hajah Mariam Binti Haji Abdul Rahman.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1969, pondoknya ditadbir oleh abang iparnya, Tuan Guru Baba Haji Yusof. Kemudian diambil alih oleh abang sulung beliau iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Zawawi Bin Haji Muhammad Saman. Seterusnya ditadbir oleh beliau dan kini dipimpin oleh menantunya iaitu Tuan Guru Baba Haji Abdul Basit.

Beliau meninggal dunia sekitar tahun 1988/1989 dalam usia muda. Makamnya terletak di Pondok Katong, Yala.

Moga Allah Taala merahmati roh para auliaNya. Amin

*Sumber - Ustaz Abdulloh al-Kantawi










KONGSIKAN:




Ads Bottom