Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Baba Mae Chaiya, Pondok Haji Mad Terengganu Bermin


 



Oleh : Tengku Yusuff 
 
Tuan Guru Baba Mae atau nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abidin dilahirkan pada tahun 1929 di Chaiya, Surat Thani, Selatan Thailand. Beliau adalah saudara kepada Tuan Guru Baba Li Chaiya dan Tuan Guru Baba Sin Surat.

Beliau mendapat pendidikan pondok ketika berusia 21 tahun pada 1950 berguru dengan Tok Bermin al-Fathani dan juga Tuan Guru Haji Muhammad Bin Ibrahim Terengganu di Pondok Bermin. Beliau juga sempat belajar dengan Tok Dala selama setahun. Bermula dari situ beliau terus menetap di Pondok Bermin sambil mengajar anak-anak pondok.

Setelah Tuan Guru Haji Muhammad Terengganu meninggal dunia pada tahun 1996, Baba Mae mengambil alih Pondok Bermin yang telah diasaskan oleh Tok Bermin. 

Sedikit sejarah mengenai Pondok Bermin. Ianya diasaskan oleh Tuan Guru Haji Wan Ahmad Bin Wan Idris atau sangat terkenal dengan nama Tok Bermin. Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1957, pentadbiran pondok diambil alih oleh murid beliau, Tuan Guru Haji Muhammad Bin Ibrahim yang berasal dari Terengganu. Kini Pondok Bermin menjadi dua bahagian. Bahagian pertama ditadbir oleh Tuan Guru Baba Mad Bermin dengan nama Madrasah Nurul Islam manakala bahagian kedua ditadbir oleh Tuan Guru Baba Mae Chaiya dengan nama Pondok Bermin Pakiyahudddiniah.

Beliau kini berusia 93 tahun, tinggal berdekatan balai pengajian peninggalan Tuan Guru Haji Muhammad Terengganu. Keadaan kesihatannya agak uzur dan perlukan sokongan untuk berjalan.


Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru Baba Mae.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom