Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tembok Berlin : terpisahnya saudara sebangsa di benua Eropah


13 Ogos 1961, bermulanya pemisahan Berlin.

Tembok Berlin memisahkan Jerman kepada dua bahagian

Selepas Perang Dunia II, Jerman terpisah kepada zon kuasa Soviet, A.S., British dan Perancis. Kota Berlin juga dipisahkan dengan Soviet menguasai bahagian timur yang disekat perhubungannya dengan bahagian barat.  

Disebabkan itu, hampir 3 juta warga Jerman Timur berhijrah ke Jerman Barat untuk peluang hidup yang lebih baik. Menjelang 1961, sekitar 1,000 tenaga kerja profesional dan pakar Jerman Timur meninggalkan blok itu setiap hari.

Maka sejurus lepas tengah malam pada 13 Ogos tahun itu, tentera Jerman Timur mula memasang kawat duri dan batu-bata sebagai penghadang sepanjang lebih 100 batu di persempadanan dengan Jerman Barat.

Kawat duri dan batu-bata itu kemudian digantikan dengan tembok konkrit setinggi 6 kaki dan sejauh 96 batu, lengkap dengan menara kawalan, pos mesingan dan lampu sorot serta pegawai dipanggil “Volkspolizei” meronda siang juga pada waktu malam.

Demonstrasi dilancarkan warga Jerman Barat menentang pembinaan tembok itu sambil mengkritik A.S. kerana tidak berbuat apa-apa. Presiden John F. Kennedy menyatakan sebarang tindakan bagi pihak Jerman Timur hanya sia-sia.

Tembok Berlin yang menjadi simbol ikonik Perang Dingin itu kemudian ditinggikan lagi kepada 10 kali pada 1970 sebagi usaha untuk menyekat sebarang usaha melarikan diri yang ketika itu berlaku hampir setiap hari.

Dari 1961 hingga 1989, 5,000 warga Jerman Timur berjaya membolosinya, ramai lagi yang mencuba dan gagal. Malah ada yang ditembak mati ketika mencuba dan ianya meluapkan lagi kebencian Barat terhadap tembok itu.

Akhirnya pada lewat 1980-an, tatkala Soviet di ambang kejatuhan, Jerman Timur mula melaksanakan beberapa reformasi liberal. Pada 9 November 1989, warga Jerman Timur dan Barat berkumpul di tembok itu dan mula meruntuhkannya.



Dengan runtuhnya Tembok Berlin, Jerman kembali menyatu sebagai sebuah negara dan ia menjadi rasmi apabila termeterainya perjanjian penyatuan pada 3 Oktober 1990.

Sumber: History



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom