Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Program Viking : Manusia kali pertama melihat permukaan planet Marikh


IKLAN

20 Ogos 1975 - Kapal angkasa Viking 1 dilancarkan ke Marikh.


Selepas berjaya mendaratkan manusia di permukaan Bulan pada 1969, NASA mengalihkan tumpuannya kepada Marikh, planet ke-4 daripada Bumi dan juga yang terdekat dengan kita. Lahirlah program Viking yang dilancarkan 7 tahun kemudian.

Program Viking membawa objektif menghantar dua pengorbit yang membawa pendarat untuk mendapatkan imej beresolusi tinggi permukaan Marikh, mengenal struktur & komposisi atmosfera serta permukaannya, juga mencari bukti kehidupan di planet itu.

Selepas dilancarkan pada 20 Ogos 1975 dan mengambil masa 11 bulan untuk sampai ke Marikh, pengorbit Viking 1 mengelilingi Marikh selama sebulan dan mula menghantar pulang imej glob Marikh sekitar 5 hari sebelum kemasukan ke orbit planet itu pada 19 Jun 1976.

Asalnya pendaratan di Marikh dijadualkan pada 4 Julai 1976 sempena ulang tahun ke-200 penubuhan A.S., namun tapak pendaratan asal didapati tidak sesuai. Lantas ia ditunda ke 20 Julai, pada ulang tahun ke-7 pendaratan Apollo 11 di permukaan Bulan.

Pendarat Viking 1 berpisah daripada pengorbitnya dan mendarat di wilayah Chryse Planitia di Marikh pada hari yang sama. Ia melakar sejarah sebagai misi pendaratan pertama di Marikh yang berjaya menghantar gambar permukaan planet itu secara dekat.

Tiga minggu kemudian, pendaratan berjaya di permukaan Marikh itu disusuli pelancaran Viking 2 pada 9 September 1976 - yang mana misi tersebut turut melalui disiplin yang sama bagi membantu Viking 1 merakam gambar permukaan Marikh.

Sepanjang misi berkembar Viking itu, dua pengorbitnya berjaya mengambil gambar seluruh permukaan Marikh pada resolusi 150 ke 300 meter sementara dua pendaratnya menghantar pulang lebih daripada 1,400 imej permukaan planet tersebut.

Viking 1 beroperasi di Marikh selama 2307 hari (lebih 6 tahun) atau bersamaan 2245 hari di Marikh, misi permukaan Marikh paling lama sehingga rekod itu dipecahkan oleh rover Opportunity pada 19 Mei 2010.



Gambar: Imej permukaan Marikh yang diambil oleh Viking 1.

Sumber: History, NASA



KONGSIKAN:




Ads Bottom