Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Pembunuhan beramai-ramai lelaki Cina di Batang Kali 1948



Pembantaian Batang Kali merupakan pembantaian yang dilakukan oleh tentera British terhadap penduduk Cina di Batang Kali atas tuduhan telah terlibat membantu kegiatan pengganas komunis. Ini kerana mengikut risikan British, orang-orang Cina terutamanya yang berada di kawasan luar bandar secara aktif telah membantu kegiatan subversive puak-puak komunis.

Mereka bukan sahaja membantu dari tenaga bahkan ada dalam kalangan mereka membantu dalam bentuk bekalan makanan dan ubat-ubatan. Jadi pada pandangan British pada waktu itu, untuk menghapuskan komunis, mereka perlu menghapuskannya dari akarnya dan akarnya itu pula ialah orang Cina.

Oleh itu, pada 12 disember 1948, Plantun ke-7, G Company ke dua dari Pengawal Scotland yang diketuai oleh Sarjan Charles Dougles telah bertindak mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh Batang Kali, Selangor. Tentera British ini hanyalah seramai 16 orang yang diangkut menggunakan trak. Walaupun jumlahnya jauh lebih kecil daripada penduduk setempat namun senjata yang mereka gunakan tidak mampu dilawan oleh senjata penduduk yang tradisional. Jadi pada mereka, melawan British pada waktu itu hanyalah seperti menempah maut.

Apabila tiba di kawasan Sungai Rimoh itu, tentera British telah bertindak mengumpulkan penduduk kampung dan melakukan soal siasat. Lelaki dan perempuan serta anak-anak telah diasingkan. Mereka yang disyaki terlibat memberi bantuan makanan mahupun ubatan kepada Komunis telah ditembak disitu juga. 

Pada tarikh 12 disember itu, seramai 24 orang telah dibantai oleh British. Salah seorang mangsa tersebut telah selamat kerana disangka telah mati. Mangsa yang terselamat tersebut bernama Chong Hong berusia sekitar 20 tahun. Semasa ditemu ramah oleh BBC pada tahun 2004, Chong Hong telah berkata “ "Aku tak ingat apa yang terjadi. Aku pengsan tetapi roh-roh mendorongku. Mereka ( tentara ) menembak kami”.

Tham Yong iaitu tunang kepada Chong Hong bersama dengan wanita lainnya telah dibawa British keluar dari kampung tersebut dengan menaiki trak. Semasa dalam perjalanan itu, Tham Yong sempat bertanya kepada salah seorang tentera British tersebut mengenai nasib para lelaki di kampungnya itu. Kata tentera British tersebut - mereka terpaksa membunuh para lelaki tersebut. Selepas dua hari, Tham Yong mengatakan bahawa beliau telah pulang semula ke kampung itu dan dia melihat mayat lelaki-lelaki yang dibunuh tersebut. Ada kepala yang putus, ada yang badannya hancur dan tidak kurang juga ada yang ditembak di kemaluan. 

Pada 13 disember 1948 iaitu sehari selepas pembantaian, berita mengenai pembantaian tersebut telah disiarkan dalam akhbar The Straits Times yang menyatakan  bahawa Pengawal dan polis Scotland hari ini telah menembak mati 25 daripada 26 orang penjahat yang membantu komunis dalam satu operasi yang diberi nama sebagai “wide-Scale” utara Selangor. Menurut British lagi, operasi ini merupakan kejayaan besar yang berjaya dicapai oleh British sejak darurat diisytiharkan. 

Selepas peristiwa pembantaian ini dilakukan, waris-waris mangsa telah membawakan kes ini ke hadapan namun tiada yang sanggup “menerima” kes tersebut.  Mangsa terakhir iaitu Chong Hong pula telah meninggal dunia pada tahun 2010 semasa berumur 78 tahun.  Bahkan Kerajaan Konservatif di London telah menghentikan siasatan kes ini sejak tahun 1970-an lagi. 


Pada 1 november 1949 pula, Attorney General Malaya telah mengarahkan siasatan rasmi dijalankan dan keputusan hampa telah diperolehi dimana siasatan ini hanyalah untuk membenarkan tindakan British pada waktu tersebut. Ini kerana AG berpuas hati bahawa 24 orang suspek tersebut mungkin akan melarikan diri daripada askar British jika tembakan tidak dilepaskan. Tetapi menurut mangsa yang hidup, mereka semuanya dalam keadaan menyerah diri dan mereka telah ditembak dari arah belakang. Jadi ini bermakna, mangsa tersebut sebenarnya tidak bersedia langsung untuk melarikan diri daripada askar British. Hasil siasatan ini pula tidak pernah dibentangkan kepada pengetahuan umum. 

Pada 1 Februari 1970, akhbar  The People telah bertindak membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam yang dilakukan oleh tentera British tersebut.

Kenyataan bersumpah yang dikemukan oleh Tentera British yang terlibat dalam peristiwa pembantaian tersebut telah menunjukkan beberapa perkara seperti yang berikut:-

a. Tentera British yang terlibat telah   mendapat arahan untuk memusnahkan kampung tersebut. Ini bermakna, semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak atasan.

b. Tentera-tentera British yang terlibat sebenarnya telah diberi peluang untuk tidak terlibat dalam operasi ini, Ini bermakna mereka yang membantai 24 orang tersebut sebenarnya datang secara sukarela. 

c. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri bahkan mereka sebenarnya sudah bersedia untuk ditangkap.

d. Terdapat konspirasi dalam kalangan pegawai dan tentera British yang terlibat untuk menipu soal siasat yang dijalankan pada tahun 1949.

Setiausaha Pertahanan yang bernama Dennis Healy mengarahkan Frank William agar memimpin pasukan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan sebuah pasukan tugas khas  untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan yang dijalankan ini, terdapat  bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kejadian pembantaian di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

British terus diberikan tekanan apabila pada 9 September 1992, BBC telah mengeluarkan satu dokumentari mengenai pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali dengan bertajuk “In Cold Blood”. Dokumentari ini telah disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan beberapa bukti baru mengenai peristiwa pembantaian ini. Lebih menarik apabila dokumentari ini  turut memuatkan laporan daripada saksi kejadian dan mangsa-mangsa yang terselamat. Ini termasuklah pengakuan yang direkodkan daripada bekas Pengawal Scotland.

Selain itu juga, dokumentari ini juga turut memuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Dokumentari ini secara tidak langsung telah menjelaskan penipuan dan pembohongan yang telah dilakukan oleh British bagi menutup kes ini. Walaupun dokumentari tersebut telah menjadi tular di negara asal pembantai tersebut namun langsung tiada pegawai British yang terlibat ditahan. Ini bermakna British secara tidak langsung telah bersetuju dengan pembantaian yang dilakukan oleh tenteranya itu. 

Pada 25 Mac 2008, para waris mangsa pembantaian tersebut serta beberapa NGO telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai ‘Action Committe Condemning the Batang Kali Massacre’ dan telah menyerahkan satu petisyen kepada British High Commission. Petisyen tersebut menuntut supaya British memohon maaf secara rasmi dan terbuka terhadap pembantaian tersebut. Selain itu mereka juga menuntut supaya British membayar sebanyak £30 juta sebagai pampasan kepada waris 24 orang  mangsa pembantaian dan £50 juta  untuk pembangunan pendidikan dan kebudayaan Komuniti Ulu Yam. Namun British tetap dengan pendirian mereka bahawa mereka tidak bersalah dalam pembantaian tersebut.



KONGSIKAN:



  • Inilah surat perjanjian yang dikhianati oleh Ratu Esabella

    Ini adalah isi surat  Perjanjian  yang ditanda tangani oleh Abu Abdullah As-Saghir dihadapan Ratu Esabella dan Suaminya Raja Ferdinand sewaktu terjadinya sejarah hitam berupa penyerahan pemilikan Kota Granada  di Bumi Andalusia yang jatuh ketangan puak salib pada tarikh 21 Muharram 897 hijriah bersamaan dengan 25 November 1491 masihi... Baca Selanjutnya

  • Perjalanan terakhir Heng Chuan

    Kira-kira jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilog... Baca Selanjutnya

  • Tuan Guru Baba Mae Chaiya, Pondok Haji Mad Terengganu Bermin

     Oleh : Tengku Yusuff  Tuan Guru Baba Mae atau nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abidin dilahirkan pada tahun 1929 di Chaiya, Surat Thani, Selatan Thailand. Beliau adalah saudara kepada Tuan Guru Baba Li Chaiya dan Tuan Guru Baba Sin Surat.Beliau mendapat pendidikan pondok ketika berusia 21 tahun pada 1950 berguru denga... Baca Selanjutnya

  • Tun Hasan Temenggung : Pembesar Melayu Melaka yang cukup benci rasuah

    Tun Hasan Temenggung ialah anak kepada Tun Mutakhir iaitu Bendahara Melaka. Berbeza dengan ayahnya yang sukakan “hadiah”, Tun Hasan Temenggung pula sebaliknya. Beliau seorang yang mementingkan agama dan sesekali tidak akan menerima atau meminta hadiah jauh sekali rasuah daripada mana-mana saudagar mahupun pembesar. Tugas beliau ialah menjaga urusan... Baca Selanjutnya

  • Kisah benar : Kematian Kapten Syers yang penuh tragis

    Jika pergi Bukit Tunku, KL ada jalan namanya Jalan Syers. Itulah Kapten Syers dalam filem Mat Kilau.Kisah kematiannya tragis.Seladang pembunuh penjajah Inggeris keparatPada 12 Julai 1897, Kapten Harry Charles Syers, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersama Encik Meikle, seorang peladang sedang memburu di hutan Bentong, Pahang. ... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom