Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pagpag, bukti betapa azabnya kemiskinan dan kelaparan di Filipina



Di Negara Filipina, terdapat makanan yang dikenali sebagai "pagpag" menjadi hidangan popular di sana. Pagpag merupakan sisa makanan yang dibuang di pelupusan sampah dan dikutip semula kemudian dibasuh dan digoreng untuk dijual semula kepada masyarakat golongan kurang berkemampuan.

Kehidupan kawasan setinggan yang sesak dengan kotor di bandar Manila adalah sangat menyeksakan dan menyediakan makanan buat ahli keluarga yang kelaparan setiap hari juga adalah satu cabaran yang besar. 

Mereka akan menggeledah timbunan sampah yang dikerumuni haiwan lain, mengumpulkan daging-daging ini ke dalam satu beg plastik dan menjualnya kepada pemilik kedai makan. Satu beg plastik berisi daging pagpag biasanya dibeli dengan harga 20 piso (RM1.50) dan sudah cukup untuk tukang masak menyediakan beberapa hidangan murah yang dijual antara 10 piso (75 sen) hingga 20 piso. 



Sebelum daging pagpag dimasak semula, ia akan dibasuh terlebih dahulu untuk mengeluarkan sampah-sarap dan kotoran yang melekat. Kemudian, tulang-tulang akan diasingkan sebelum dimasak menggunakan pelbagai sos, sayuran dan rempah untuk dihidangkan kepada pelanggan. Menurut salah seorang penghuni kejiranan, hidangan pagpag sebegini membantu mereka kerana satu beg plastik daging sudah boleh mengenyangkan seluruh ahli keluarga.

Dahulu, pagpag merupakan pilihan terakhir bagi penduduk kawasan sesak di Manila yang akan dimakan apabila tidak mempunyai pilihan lain atau ketika mereka tidak punya wang untuk membeli hatta secupak beras. Kini, dengan kadar inflasi yang semakin tinggi, semakin ramai penduduk di sana yang mengalami kesusahan sehingga pagpag menjadi makanan harian mereka sekeluarga.

Walaupun kebanyakan daging pagpag adalah lebihan daripada gigitan dan buangan orang lain, penduduk di sini yakin ia selamat untuk dimakan kerana telah dibasuh sebelum dimasak semula. Ada juga yang menyatakan ia adalah sedap dan berkhasiat meskipun pihak berkuasa kesihatan Filipina menganggap ia sebagai satu risiko ancaman kesihatan. 



Adakalanya makanan lebihan ini disembur dengan disinfektan sebelum dibuang dan ada juga makanan yang telah dijangkiti patogen berbahaya seperti salmonella kerana dibiarkan dalam keadaan kotor berpanjangan. Menurut seorang pakar pembangunan sosial, Melissa Alipalo, ia anggap tidak bagus kerana memakan sisa makanan orang lain, namun ia adalah mekanisme kelangsungan hidup bagi penduduk miskin tegar di sana. 

Dengan ketiadaan jalan penyelesaian bagi penduduk di kawasan ini, populariti pagpag hanya boleh meningkat naik walaupun berdepan dengan risiko keracunan makanan dan pelbagai masalah kesihatan yang membawa maut.




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom