Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Orang Melayu hari ini salah anggap bila menyimpan keris



Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang.

Ini merujuk kepada patung orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal. (Mohad Zainuddin Haji Abdullah & Mohd Shahrim Senik (2007). Senjata Warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka & Lembaga Muzium Selangor.)

Keris sebagai artifak dalam budaya masyarakat Melayu menganjurka pelbagai rahsia dan falsafah yang berkaitan dengan pembuatan dan penempaannya. Keunikan yang berada pada keris menampilkan ciri-ciri kekuatan, kehebatan, kemuliaan, kegerunan dan kemistikan yang
diperjelaskan menerusi aspek fizikal dan non-fizikalnya.

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Zaman sekarang keris dianggap mistik dan jarang orang Melayu zaman ini mempunyai sebilah keris dirumah.

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom