Siapa Sebenarnya Sultan Muhammad Jiwa II, Pemilik Makam yang Ditemui Di Kedah?
Sebuah tanah perkuburan yang dipercayai merupakan makam milik Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin telah ditemui bersama dengan beberapa lagi kubur yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak, ditemukan di Anak Bukit yang dipercayai berusia sekitar 239 tahun.
Siapakah Sultan Muhammad Jiwa II dalam sejarah ini sebenarnya? Kenapa penemuan makam beliau sangat besar dalam sejarah? Perkenalkan secara ringkas dalam artikel ini, beliau merupakan, kalau tidak keterlaluan, salah satu daripada sultan terbaik dalam sejarah Kedah yang dapat dijejak sekurang-kurangnya ke 1136 lagi.
Kenapa beliau sebagai sultan yang terbaik? Selain daripada raja Melayu paling lama bertakhta di atas takha dalam sejarah Melayu sendiri, dan antara paling lama di dunia selama sekitar 68 tahun, beliau merupakan seorang penakluk yang hebat.
Memerintah pada tahun 1710 hingga 1778 dan beliau membuka dua kota pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit, empayar Kedah ketika itu boleh dijejak ke sempadan Siam dan Burma hari ini dari Pulau Ujong Salang (JunkCeylon/Puket) ke Tongka, Takuapa, Ranong di kawasan Segenting Kra hingga ke Pulau Dua (Victoria Point), Mergui, Tavoi dan Martaban (Moulmein) di Tenggara Burma. Sudah tentu, perluasan kuasa ini adalah sudah tentu hasil usaha salah seorang orang kanan Sultan Muhammad Jiwa iaitu Tunku Anjang yang telah dilantik sebagai “Raja Laut” dengan gelaran “Maharaja Di Raja Segera.”
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: