Jika pergi Bukit Tunku, KL ada jalan namanya Jalan Syers. Itulah Kapten Syers dalam filem Mat Kilau.
Kisah kematiannya tragis.
Seladang pembunuh penjajah Inggeris keparat
Pada 12 Julai 1897, Kapten Harry Charles Syers, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersama Encik Meikle, seorang peladang sedang memburu di hutan Bentong, Pahang.
Mereka terserempak dengan seekor seladang jantan yang besar, Kapten Syers telah melepaskan tembakan tepat mengenai kepala namun, seladang yang cedera telah melarikan diri. Seladang kembali menyerang dengan menanduk Kapten Syers menyebabkan beliau melambung lebih kurang 30 kaki ke udara.
Dalam situasi yang cemas Encik Meikle melepaskan dua das tembakan namun masih gagal menewaskan seladang tersebut. Jejak seladang akhirnya dapat dikesan dan berjaya dibunuh oleh oleh Encik Meikle.
Kapten Syers yang mengalami luka parah telah dibawa ke dalam perahu dan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat sampai ke Bandar Pekan. Kepala seladang yang telah diawet dihadiahkan kepada Kelab Selangor dan kemudiannya dihadiahkan kepada Mes Pegawai-Pegawai Kanan Jalan Venning, Kuala Lumpur.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: