Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tok Shihabuddin Wali Allah dan penyair sufi


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI



Wali Allah Tok Shihabuddin ( 1729 - 1797 )

Nama sebenar wali Allah ini ialah Syeikh Shihabuddin Bin Zainal Abidin Bin Tengku Muhammad (Sudi Bilang) Bin Sultan Abu Bakar dan beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Keramat, Kuala Semantan, Temerloh, Pahang.

Tok Shihabuddin berketurunan Raja Pagar Ruyung, Minangkabau dan keluarga ini dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Siak-Jambi yang membantu Raja Kecil melanggar Pahang sekitar awal tahun 1700.

Beliau menuntut ilmu di Pondok Bangau, Temerloh dan kemudian berhijrah ke Betawi, Indonesia. Diriwayatkan beliau juga pernah ke Yaman, Mekah dan Afrika Selatan dalam musafirnya untuk menuntut ilmu dari para alim ulamak muktabar.

Di antara gurunya ialah :

1. Tok Mengkarak
2. Tuan Guru Qadi Haji Ismail Pondok Bangau
3. Syeikh Abdullah al-Yamani - Betawi
4. Fakeh Yusuf Abdul Salam al-Betawi

Pada tahun 1750, Tok Shihabuddin telah membuka Kampung Berhala Gantang dan menjadikan ia sebuah pusat pendidikan yang berasaskan Aliran Widatul Suhud sebagaimana yang di war-warkan oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri di Acheh dan amanah gurunya Kadi Haji Ismail. Beliau melaksanakan kerja ini dengan bersungguh sehingga berjaya meletakkan pusat pendidikan beliau setaraf dengan pusat pendidikan di Acheh dan Jawa.

Pada tahun 1770an, ketika usianya sudah lanjut Tok Shahibuddin mula mengarang syair-syair. Segala kegiatan pasentren di serahkan kepada anaknya Tuan Teh. Jawatan ketua kampung pula diserahkan kepada Imam Baada manakala jawatan Kadi diserahkan pada anaknya bernama Kadi Nong. 

Di antara syair beliau yang terkenal ialah :

1. Syair Asyikin
2. Syair Ghafilah
3. Syair Sifat
4. Syair Tumbuhan
5. Syair Pembasuh Tangan
6. Syair Kebun
7. Syair Pengantin Berarak

Tok Shihabuddin meninggal dunia ketika berusia sekitar 68 tahun dan dimakamkan di Kampung Berhala Gantang, Temerloh, Pahang.




Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom