Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tok Duku : pencetak guru-guru al-Quran di Pattani



Tok Duku ( 1851 - 1947 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Nama sebenar ulama besar di Fathoni sekitar hujung abad ke 20 ini ialah Tuan Guru Haji Mohd Tahir Bin Mohd Dahhan Bin Mohd Saleh dan beliau dilahirkan di Teluk Manok, Pekbun, Narathiwat pada tahun 1851. Tok Duku termasuk di dalam rumpun keluarga Syeikh Wan Hussien as-Sanawi iaitu pendiri Masjid Telok Manok yang bersejarah itu. Tok Duku merupakan besan kepada Tok Kelaba.


Mendapat pendidikan awal di Patani dengan memasuki Pondok Bendang Daya dan Pondok Bendang Badang sebelum berangkat ke Mekah. Diantara gurunya ialah :

1. Tok Bendang Daya Muda
2. Tuan Minal al-Fathani
3. Syeikh Zainuddin Sumbawa - Pengarang Kitab Sirajul Huda
4. Syeikh Omar Bali
5. Syeikh Hasbullah al-Makki
6. Tok Senggora
7. Syeikh Surur

Tok Duku mahsyur alim di dalam ilmu bacaan qiraatul Quran. Selepas selesai menuntut ilmu di Mekah, beliau pulang ke kampung halaman lalu membuka pondok di Kampung Duku, Pekbun, Narathiwat. Di sini lah beliau mendapat gelaran Tok Duku.

Pondok Duku, mengkhususkan pengajian di dalam ilmu al-Quran berbeza dengan pondok-pondok lain di Pattani. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika penuntut lepasan Pondok Duku sangat dicari cari di Patani bagi menjadi imam solat dan guru Quran di kampung-kampung.

Tok Duku merupakan seorang hafiz dan diriwayatkan beliau pernah khatam al-Quran dalam masa sehari ketika waktu mudanya.

Beliau meninggalkan dua buah karya iaitu :

1. Muqadimmah al-Ikhwan fi Tajwid al Quran - Tajwid
2. Fathul Murid fi Ilmi al-Tauhid - Tauhid

Kini pondoknya telah berubah wajah menjadi sebuah madrasah yang diberi nama Madrasah al Thahiriyah - mengambil sempena namanya.

Tok Duku meninggal dunia pada tahun 1947 sekitar usianya 97 tahun di Pekbun.

Makam Tok Duku

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Buku Ulamak Besar Patani


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom