Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Semua kerabat Sultan dibunuh


Balairong seri istana Kesultanan Asahan

Di Kesultanan Asahan, semua kerabat diraja telah dibunuh termasuklah isteri kepada Tengku Musa dan anaknya. Semua yang mempunyai kaitan dengan Sultan Asahan akan dibantai. 

Ini termasuklah mereka yang memakai nama Tengku, Wan mahupun Raja. Dalam beberapa hari itu, seramai 140 orang kerabat Diraja Asahan telah dibantai dengan kejam - hanya disebabkan nama mereka ada “Tengku” “ Wan” mahupun “ Raja “. 

Ada juga dalam kalangan mereka yang ditangkap dan dibawa ke Simalungun dan Tanah Karo untuk diseksa, disiasat dan kemudiannya dibunuh. Disebabkan kekejaman ini, ramai kerabat diraja mula tidak menggunakan gelaran Tengku dan sebagainya. 

Tidak kurang juga dalam kalangan mereka memakai nama orang Batak. Mereka juga sudah tidak menggunakan identiti Melayu seperti memakai baju Melayu dan sebagainya kerana takut akan dibunuh. Orang Melayu pada waktu itu hidup dalam ketakutan.

Namun nasib mereka mulai berubah apabila rejim Sukarno berjaya dijatuhkan oleh Suharto. Kejatuhan Sukarno menandakan kehilangan kuasa pihak Komunis Indonesia. 

Suharto yang terkenal sebagai pemimpin paling korup itu pula telah bertindak membantai sekitar 2 juta orang yang sebahagian besarnya ialah mereka yang terlibat dalam gerakan Revolusi Sosial Sumatera Timur.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom