Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mengenang jatuh bangunnya Pondok Pulau Pisang, pondok tertua di Kedah


Pondok Pulau Pisang - Pondok Tertua di Kedah ( Didirikan pada 1845 )



Pondok Pulau Pisang, Mukim Tunjang, Jitra diasaskan oleh Mufti Kubang Pasu Tuan Guru Haji Ishaq Bin Hashim (1771-1871) pada tahun 1845. Beliau merupakan anak murid kepada Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Samad al-Falembani.

Sewaktu Tuan Guru Haji Ishaq mengasaskan pondok di Pulau Pisang itu, boleh dianggap pengajian pondok tersebut satu satunya yang sangat terkenal dalam kerajaan Kedah. Walau bagaimanapun setelah Tuan Guru Haji Ishaq meninggal dunia pada 1871, suasana pengajian di pondok itu dalam kelesuan. 

Pondok Pulau Pisang kembali memancarkan nur ilmu pengetahuan dan menjulang kecemerlangan kewibawaan setelah cucunya Tuan Guru Haji Muhammad Saleh pulang dari Mekah dan memimpin pondok tersebut pada tahun 1894.

Tuan Guru Muhammad Haji Saleh (1864-1944 ) merupakan cucu kepada Tuan Guru Haji Ishaq dari susur galur ibunya Fatimah. Diriwayatkan bahawa Pondok Pulau Pisang dalam masa pimpinannya pernah mencapai 2,000 orang pelajar. Pada zaman itu, jumlah pelajar pondok yang capai ribuan orang di Semenanjung Melayu merupakan satu jumlah yang besar dan luar biasa serta tidak terjangkau oleh pengajian pondok lainnya kecuali pada zaman yang sama di Patani dan Jawa ada yang lebih ramai daripadanya.

Pondok Pulau Pisang telah melahirkan ramai ulama, cerdik cendekiawan, pemimpin dan lain-lain, bukan hanya di Malaysia saja, tetapi juga Indonesia, Patani, Myanmar, Kemboja, dan Brunei Darussalam. Antaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Saleh - Cucu Tuan Guru Haji Ishaq
2. Tok Keramat Tuan Guru Haji Muhammad Noor Bin Abu Bakar - Pondok Tasak , Langgar ( Pondok kedua tertua Kedah )
3. Tok Keramat Syeikh Musa - Anak Tuan Guru Haji Ishaq
4. Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution
5. Syeikh Ismail Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq
6. Syeikh Ramli Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq
7. Syeikh Qasim Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq

Diantara kitab yang diajar oleh Tuan Guru Haji Muhammad Saleh ketika menjadi tok guru pondok ialah :

1. Faridatul Faraid
2. Bidayatul Hidayah
3. Ad-Durruts Tsamin
4. Hidayatus Salikin
5. Siyarus Salikin
6. Ad-Durrun Nafis
7. Turjumanul Mustafid (Tafsir Baidhawi Melayu)
8. Fathul Mu'in
9. I'anatut Thalibin
10. Jawahir al-Bukhari
11. Shahih Bukhari
12. Tafsir Jalalain
13. Tafsir Baidhawi
14. Minhajul `Abidin
15. Ihya' `Ulumid Din
16. Matnur Risalatil Fathaniyah
17. Tashilu Nailil Amani

Selepas Tuan Guru Haji Muhammad Saleh meninggal dunia pada 1944, anaknya Syeikh Ismail (1894-1945) mengambil alih sebagai mudir pondok dan beliau juga yang bertanggungjawab menamakan Pondok Pulau Pisang dengan nama rasminya Madrasah Ishakiah. Takdir Allah beliau meninggal dunia setahun selepas ayahnya iaitu pada tahun 1945. Seterusnya disambung oleh adik beliau iaitu Syeikh Qasim Bin Muhammad Saleh.

Diriwayatkan Pondok Pulau Pisang pernah mengalami musibah apabila terlibat dalam kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian pondok.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom