Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Sayyidina Umar menahan kelaparan bersama rakyat


Sayyidina Umar al-Khattab pernah naik mimbar. Masyarakat ketika itu kelaparan. Beliau mendengar perutnya berbunyi. Beliau berkata kepada perutnya:


‘Berbunyilah sekehendak hati kamu mahu berbunyi. Kamu tidak akan rasa lemak dan daging hingga umat Muhamad kenyang memakannya.

Daripada Abdul Rahman bin Abu Bakar, daripada bapanya, katanya:


Dibawa kepada Umar al-Khattab roti dan minyak zaiton. Beliau memakannya dan menyapu perutnya. Katanya:


‘Demi Allah! Kamu akan hanya merasai roti dan minyak zaiton selama mana lemak dijual dengan mahal.


Ibn Saad berkata: Iyad bin Khalifah berkata:


Aku lihat Umar pada tahun berlakunya kemarau, kulitnya hitam, sedangkan beliau berkulit putih, lelaki Arab, yang makan lemak dan yoghurt. Apabila orang ramai menjadi kurus, beliau tidak makan kedua-duanya. Lalu makan minyak zaiton hingga berubah warna kulitnya. Beliau lapar dan lebih dari itu lagi.


Tiga kisah ini hanyalah sebahagian dari beberapa banyak kisah Sayyidina Umar, pemimpin umat yang hebat, yang sanggup mengikat perutnya sendiri, merasai bersama kelaparan yang dihadapi oleh rakyat.


Tahap pengorbanan yang ditunjuk oleh Saidina Umar datang dari imannya yang kuat, kepimpinannya yang hebat, dan tindakan sungguh yang tidak dibuat-buat.







Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom