Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Keris Sundang senjata maut suku Tausug


 


Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah Tausug sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi.

Keris Sundang mempunyai saiz yang besar dan panjang.Sundang sekiranya diberi makna secara harfiah ianya bermaksud "pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan membawa maksud "Ular Besar atau Naga".

Pahlawan Tausug


Tausug adalah yang paling mahir menggunakan Keris Sundang dalam peperangan berkecamuk atau satu lawan satu.Sebagai contoh, seorang pahlawan Tausug yang mahir akan menjelaskan "Menetak menggunakan Keris Sundang bersiku atau berlok memerlukan kemahiran cara menetak pantas iaitu dengan melilitkannya ke bahagian badan musuh lalu menarik, yang dengan tarikan tersebut akan memutuskan anggota dan memburaikan tali perut sekali gus. Begitulah kemahiran Tausug menggunakan Keris Sundang.

Panji Jihad pejuang Islam Moro terselit gambar keris sundang

Kemudian lagi, Bandar Buansa yang berada di Jolo turut mempunyai cerita yang sama.Menurut penelitian kami sebutan asal Buansa ialah Buwangsa.Satu nama yang kalau diperhalusi sebenarnya berbunyi "Bawangsa atau Mawangsa @ Mahawangsa" yang bermaksud "Ular Besar" dalam bahasa Sanskrit.

Untuk mengesahkan Negeri Punt yang dikatakan tempat pemerintahan Raja PARAHU (Perahu) yang dinamakan oleh Raja-raja Mesir Purba sebenarnya wujud dalam lidah orang-orang Sulug sehingga hari ini.Dalam bahasa Sulug terdapat istilah "Pun" yang membawa maksud "himpun" dan kalau ditambah imbuhan "Ti-pun" bermaksud "terhimpun".

Satu lagi perkataan ialah "Pu'un" yang bermaksud "punca" atau "pusat" sebab itu pedagang Tausug menyebut "Pu'un" atau Pu'unan bermaksud modal perniagaan.

Kerana seorang peniaga memerlukan "punca" atau modal untuk memulakan perniagaan.Maka samada Pun atau Pu'un sebenarnya mempunyai konotasi yang sama. Sekiranya kita kaitkan dengan pemerintahan atau kerajaan maka PUN dan PU'UN ia akan melengkapkan ciri-ciri kehebatan yang jelas seperti "himpunan pusat pemerintahan, kekayaan, kekuasaan dan keindahan serta peradaban dunia".

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan Pohon yang bermaksud Pokok.Sedangkan pokok membawa maksud "punca" dalam Bahasa Melayu Indonesia.Walau pun pohon juga bermaksud "pinta" dalam Bahasa Melayu, Bahasa Sulug @ Sug juga turut menggunakan "Puhun" untuk "pinta".Ini bermakna tidak seperti Bahasa Melayu, Bahasa Sulug membezakan "Pu'un" yang bermaksud "Punca" atau "pusat" dengan "Puhun" yang "meminta".

Dalam Bahasa Sulug suku kata "Pun" digunakan sebagai pembeza dan penegasan kepada sesuatu keadaan atau pun sebagai kata kerja.Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia juga turut menggunakan "Pun" sebagai pembeza dan penegasan. Beriku adalah contoh penggunaan "Pun" dalam bahasa Sulug,

"Kahapun" bermaksud kelmarin.
"Mahapun" bermaksud petang.
"Ampun" bermaksud sebutan rendah diri kepada Sultan atau Raja.
"Si'pun" bermaksud hingus.
"Bitu'un" bermaksud bintang-bintang di langit.
"Ama'un" bermaksud bapa saudara (Pakcik).
Ama' bermaksud bapa atau ayah sebenarnya diambil dari bahasa Hebrew atau Semitik.
Ab atau Aba disebut Ama' dalam sebutan Sulug, bunyi "B" bertukar "M" adalah kerana Bani Israel sendiri menyebut Ab dengan Av lebih dekat dengan Am pada lidah Sulug.

The Hebrew word for father is just "Ab", pronounced "Av", which means "the one who gives strength to the family." The word "Abi" is the more familiar form, with the meaning "MY father" Abba is a hebrew/aramaic hybrid word, attaching the formal ending -a to the end of the hebrew word Ab, effectively turning it into a singular formal noun: THE Father, or a reference to God.

"Ina'un" bermaksud ibu saudara (Makcik).
Ina' juga diambil dari Bahasa Hebrew bermaksud ibu.

The Hebrew word is "Ima" (pronounced 'ee-ma', spelled 'אמא').

Dalam bahasa Melayu moden terutama di Malaysia menggunakan "emak" untuk ibu.
Sebenarnya yang membawa perkataan Ema' ke Tanah Melayu ialah Bangsa Lucose dari Sulu yang pernah menetap beramai-ramai di kepulauan Sumatra-Riau sehingga ke Melaka era Parameshwara lagi. Bangsa Lucoes adalah satu-satunya Tausug yang menggunakan "E" pepet.Mereka dipercayai menduduki Melaka sehingga ke muara Sungai Kelang di Selangor.Tidak hairan hari ini orang-orang Melayu Selangor menggunakan "E" pepet.

Contohnya "Ya" adalah bahasa Melayu Standard tetapi disebut "Ye" oleh Melayu Selangor yang sebenarnya adalah lidah Lucose (Tausug).

"Kaka'un" bermaksud makanan.
"Sipa'un" bermaksud ditendang atau disepak.

"Alimun" bermaksud halimunan.Alim @ Alem dalam bahasa Sulug bermaksud ghaib, ia berasal dari Bahasa Hebrew aw-lawm : The Hebrew word (pronounced) aw-lawm, meaning hidden place (or the modern term "underworld").

Kalau dihimpun, beribu-ribu patah perkataan Sulug yang terkandung bahasa Hebrew dan Arab, Bahasa Parahu Purba (asal-usul Bahasa Melayu), Bahasa Monggoloid (Bangsa Monggol atau dipanggil bangsa Makjuj atau China-Tibetan), dan Bahasa Sanskrit serta sedikit Bahasa Spanyol dan Inggeris telah membentuk bahasa Sulug moden hari ini.

SUMBER MAKLUMAT-
ASREE SUG – BUKU TAUSUG & KESULTANAN SULU
JAMES FRANCIS WARREN – BUKU SULU ( 1768-1898)
CESAR ADIB MAJUL – MUSLIM IN THE PHILIPPINES

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom