Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah presiden MCA memangku tugas Perdana Menteri Malaysia










Pada 4 Februari 1988, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Harun Hashim(bukan dramatis) telah mengisytiharkan bahawa UMNO merupakan pertubuhan haram kerana melanggar akta pertubuhan.

Keadaan ini telah menyebabkan satu kekosongan kepada jawatan Perdana Menteri kerana UMNO yang merupakan parti teras telah diharamkan.

Kisah UMNO diharamkan

Pada tahun 1987 seramai 11 orang ahli UMNO yang dikenali UMNO 11 telah memfailkan satu petisyen untuk kemenangan Dato' Sri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad  ketika pemilihan jawatan Presiden semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah tidak sah dan terbatal.

Mereka telah mendakwa ketika PAU diadakan telah berlaku manipulasi di mana sebanyak 30 cawangan daripada 4 Bahagian yang tidak diluluskan telah dibenarkan mengundi. Pada waktu itu Dr Mahathir hanya menang tipis kepada pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan hanya kelebihan 43 undi sahaja. Dr Mahathir mendapat 761 undian manakala Ku Li pula memperolehi sebanyak 718 undi.

Selepas perbicaraan selama 7 bulan akhirnya Hakim Harun Hashim telah mengisytiharkan pengharaman UMNO kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966 iaitu cawangan yang tidak sah turut dibenarkan bertanding. Tindakan Hakim Harun Hashim tersebut telah memeranjatkan UMNO 11 kerana hasrat mereka bukannya untuk meminta mengharamkan parti itu tetapi sekadar desakan ke atas Dr Mahathir supaya mengadakan semula pemilihan parti.

Oleh kerana terjadinya isu pengharaman UMNO yang merupakan parti tunjang pemerintah bagi mengelakkan masalah kepada negara, Dr Mahathir telah meminta sahabat baik beliau iaitu Dato' Sri Ling Liong Sik yang merupakan Presiden MCA yakni parti sekutu UMNO menggalas tugas pemangku Perdana Menteri sementara sehinggalah masalah dalaman UMNO berjaya diselesaikan.

Walaupun memangku jawatan Perdana Menteri namun YDP Agung ketika itu Sultan Iskandar (Johor) tidak pernah mengeluarkan sebarang Watikah lantikan kepada Dato Sri Ling Liong Sik sekaligus menyebabkan nama beliau tidak pernah tercatat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau menjawat jawatan 'Perdana Menteri' sementara itu selama 12 hari sahaja bermula 4 Februari 1988 sehingga 16 Februari tahun yang sama.

Walaupun sekejap dan tidak disenaraikan di dalam senarai susunan Orang nombor satu negara,namun sejarah turut tidak dapat memadamkan kisah negara ini pernah diterajui oleh seorang yang berbangsa bukan Melayu.



Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom